Minda Hijrah Headline Animator

Wednesday, March 7, 2012

BONGKAR ! MAT SABU PUNCA KRISIS PAS KEDAH ?

Krisis dalaman pentadbiran PAS di Kedah dikatakan berpunca daripada usaha terdesak pihak tertentu untuk membawa Timbalan Presiden parti itu, Mohamad Sabu bertanding di negeri ini pada Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-13 yang sebelum ini tiada dalam percaturan politik Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak. Minat mendalam Mohamad atau Mat Sabu yang dikatakan rapat dengan kumpulan Anwarinas dalam PAS terhadap kerusi Parlimen Pendang sejak lebih setahun lalu, dikatakan punca utama kemelut itu, di samping percanggahan pendapat antara Azizan dengan beberapa EXCO kerajaan negeri. Ia juga berkait rapat dengan penubuhan Jawatankuasa Pemandu yang mungkin akan memainkan peranan utama selepas gagal menumbangkan Azizan sebagai Menteri Besar dan Pesuruhjaya PAS Kedah.

 

Sumber dalaman PAS memberitahu Berita Harian, jawatankuasa itu ditubuhkan bukan untuk memantau perjalanan pentadbiran Azizan pada peringkat negeri, sebaliknya lebih kepada isu parti PAS yang memerintah negeri.

 

Berikutan itu, Jawatankuasa Pemandu melalui proses dalaman boleh membantu menempatkan Mat Sabu di Kedah walaupun Azizan tidak bersetuju dengan idea berkenaan.

 

Beliau berkata, hubungan baik PAS Kawasan Kuala Kedah dengan Mat Sabu mungkin faktor utama membawa kepada usaha menjatuhkan Azizan dengan bersandarkan kepada percanggahan pendapat dalam soal pentadbiran sebagai isu utama.

 

"Mat Sabu sedang mencari-cari tempat untuk bertanding dan selepas dikatakan gagal mencari kerusi sesuai di negeri lain, termasuk di Terengganu beliau mula mencari tempat di Kedah.

 

"Bagaimanapun hajat Mat Sabu tidak mendapat sokongan Azizan selaku Pesuruhjaya PAS negeri, menyebabkan mula timbul percanggahan dalaman yang akhirnya berlaku pergeseran antara Datuk Phahrolrazi Zawawi yang bukan saja berpunca akibat soal pentadbiran tetapi percaturan politik.

 

"Jika faktor utamanya adalah pentadbiran, mereka boleh bersabar empat tahun. Tetapi dalam keadaan PRU dikatakan semakin hampir, tempat Mat Sabu perlu terjamin," katanya semalam.

 

Sumber itu berkata, Azizan enggan menerima Mat Sabu bertanding di Kedah selepas mendapati idea membawanya ke negeri ini tidak mendapat sokongan kuat pada peringkat akar umbi di Kedah.

 

"Bagaimanapun keputusan itu menyebabkan penyokong Mat Sabu kecewa dan mula menjalankan gerakan yang bakal merugikan PAS.

 

"Mereka mengatur pelbagai cara termasuk ketika Azizan dimasukkan ke Institut Jantung Negara (IJN) Julai tahun lalu, namun tidak berjaya dan timbul cara lain hinggalah akhirnya Jawatankuasa Pemandu ditubuhkan untuk memantau parti yang memerintah tetapi bukan kerajaan yang ditadbir Azizan," katanya.
 
Sumber: Berita Harian

2 comments:

  1. Mat Sabun nak mai masuk Kedah kena basuh muka dulu na, kalau tak nanti seluruh Kedah berbau burit no....

    ReplyDelete
  2. Artikel yang menarik. Parti Angguk Saja(PAS)

    ReplyDelete