Minda Hijrah Headline Animator

Monday, March 12, 2012

APABILA AMK PKR TUNJUK KEBEBALAN & KEBODOHAN ....

Nampaknya pemimpin muda PKR jelas 'desperate' untuk meraih sokongan setiap kali membuat kenyataan tentang isu Nasional. Analisa dan kesimpulan yang dibuat jelas tidak masuk akal malah menunjukkan kebodohan dan kebebalan mereka di mata rakyat.

Dalam isu Shahrizat, AMK sepatutnya faham isu pokok dan asas sebenarnya yang membawa kepada TAMATnya jawatan kabinet beliau. Shahrizat TIDAK BOLEH menjadi Menteri Kabinet lagi kerana beliau hilang kelayakan jika jawatan Senatornya tidak disambungl. Itu kebenarannya.

Tetapi kebebalan & kebodohan AMK PKR telah memutar belit isu ini dengan menyatakan seolah-olah isu NFC yang berlaku itu tenyata benar. Mungkin ada kaitannya skandal NFC dengan penyambungan tempoh Sharizat sebagai Senator tetapi ianya TIDAK SAMA SEKALI boleh dikaitkan samaada belia bersalah atau tidak.

Adakah jenis pemimpin PKR sebegini yang mampu membawa kemajuan dan kemakmuran Malaysia jika hanya pandai bercakap dan memutar belit isu sedangkan belum terbukti ketokohannya ?

Apakah ahli AMK PKR akan lupa betapa JIJIKnya cara Shamsul Iskandar menang jawatannya ketika pemilihan Ketua AMK menenyang Chegubard?

Adalah lebih baik jika Shamsul Iskandar 'tutup mulut' dan buat kerja sebagai pemimpin politik kerana setiap kata-kata banyak berbau longkang dan sekadar FITNAH semata-mata.

No comments:

Post a Comment