Minda Hijrah Headline Animator

Monday, March 5, 2012

AMUKAN ANWARINAS DALAM MESYUARAT PAS KEDAH

Gagal capai penyelesaian muktamad

 

Mesyuarat Jawatankuasa Pas pusat selama lima jam di sini malam tadi dan berakhir awal pagi ini, dikatakan berlangsung dalam suasana 'panas'.

 

Ketika mesyuarat yang bermula pukul 8 malam itu, salah seorang yang terlibat dalam perbalahan dengan Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak dikatakan membentangkan hujah dengan nada yang tinggi sehingga menimbulkan perasaan tidak senang pemimpin yang hadir.

 

Berikutan itu, mesyuarat kali kedua selepas ia diadakan kali pertama di Kuala Lumpur yang bertujuan menyelesaikan perbalahan antara Azizan dengan dua Exconya iaitu Datuk Phahrolrazi Zawawi dan Dr. Ismail Salleh gagal mencapai penyelesaian muktamad.

 

Pas Pusat akan mengadakan sidang akhbar esok bagi mengumumkan hasil mesyuarat berkenaan. -UTUSAN MALAYSIA
 
 
RockyKCD - Selama ini penyokong PAS ENGGAN percaya bahawa ramai dikalangan pemimpin mereka yang nampak luarannya 'alim' dan 'warak' TETAPI sebenarnya adalah PARASIT yang telah di 'brainwash' dan dihasut oleh parti sahabat karib mereka sendiri.
 
Jika dulu, ahli PAS sedia patuh kepada kepimpinan tertinggi seperti patuhnya mereka kepada MB Kelantan tetapi sejak berpeluk cium dengan puak sosialis dan sekular PKR-DAP, sikap kebanyakan pemimpin PAS berubah. Jawatan dan harta menjadi keutamaan mereka. Pemimpin yang tegas pendirian seperti Azizan Razak dan Hasan Ali dianggap penghalang akan ditentang habis-habisan. Naib Presiden PAS dari Kedah sendiri mengaku gilakan jawatan Perdana Menteri.
 
Dan ini jelas bahawa ramai pemimpin PAS sudah mula kejar ganjaran dunia. Pergolakan pemimpin PAS di Kedah selepas pemecatan tanpa bela diri Hasan Ali hanyalah permulaan. Kita akan saksikan lebih banyak episod ini nanti.

1 comment:

  1. Ya Allah...! Porak porandakanlah puak2 yang jahat dan munafiq ini...! Selamatkanlah Malaysia... Amiin..

    ReplyDelete