Minda Hijrah Headline Animator

Tuesday, February 28, 2012

TERKINI: ANWARINAS GAGAL DI KEDAH ?

LIMA orang Exco Kerajaan Negeri Kedah yang hadir pada raptai mengangkat sumpah pelantikan Exco dari kanan Abd Ghani Ahmad, Lim Soo Nee, Mohamed Taulan Mat Rasul, Ir. Amiruddin Hamzah dan Tan Joon Long @ Tan Chow Kang di Istana Anak Bukit, Alor Setar, Kedah, semalam. – UTUSAN/KAMAL BASIR


Petikan Utusan Malaysia

Usaha golongan 'Anwarinas' untuk menggugat kepimpinan Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak tidak tercapai apabila lapan penyandang Exco bersetuju dilantik semula sebagai Exco dan akan menghadiri majlis pelantikan di Istana Anak Bukit, pagi ini.

Mereka yang menerima surat tawaran dilantik semula sebagai Exco antara pukul 12 tengah hari hingga 3 petang hari ini, turut menyatakan sokongan tidak berbelah bahagi kepada kepimpinan Azizan.

Exco-exco yang dijadual mengangkat sumpah adalah Pengerusi Jawatankuasa Agama dan Pelajaran, Datuk Mohamed Taulan Rasul; Pengerusi Jawatankuasa Pelaburan dan Industri, Datuk Ir. Amiruddin Hamzah dan Pengerusi Jawatankuasa Penerangan dan Pembangunan Usahawan, Abd. Ghani Ahmad serta Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Pembangunan Keluarga dan Kebajikan Masyarakat, Datuk Siti Ashah Ghazali.

Selain itu, Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan, Kesenian dan Warisan serta Kebudayaan, Datuk Dr. Hamdan Mohamed Khalib, Pengerusi Jawatankuasa Alam Sekitar, Hal Ehwal Masyarakat Cina dan Pengangkutan Tan Chow Kang; Pengerusi Jawatankuasa Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Perpaduan dan Pengurusan Sumber Manusia, Lim Soo Nee dan Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Hal Ehwal Masyarakat India dan Hal Ehwal Masyarakat Siam, Datuk S. Manikumar turut dijangka hadir pada majlis itu.

Baru-baru ini, Exco kanan, Datuk Phahrolrazi Zawawi dan penyandang Exco, Dr. Ismail Salleh menghantar surat kepada Azizan untuk menolak cadangan pelantikan sebagai Exco.

Walaupun nama Amiruddin, Siti Ashah dan Dr. Hamdan turut dikaitkan untuk turut mengikuti jejak langkah Phahrolrazi dan Dr. Ismail bagi menggugat kepimpinan Azizan, namun ketiga-tiga mereka menafikannya.

Pada sesi raptai majlis pelantikan hari ini, tiga daripada lapan Exco yang dilantik tidak hadir iaitu Siti Ashah, Dr. Hamdan dan Manikumar.

Lima penyandang Exco yang hadir pada majlis raptai pada pukul 9 pagi itu ialah Mohamed Taulan, Amiruddin, Abd. Ghani, Chow Kang dan Soo Nee.

Dr Hamdan : "Jangan risau esok saya ada di sana. Raptai majlis pelantikan Exco pada 2009 dan 2010 pun saya tak pergi walaupun tahu cara majlis tersebut berlangsung," jelasnya.

Siti Ashah : "Saya mesti terima tawaran yang telah diberikan ini," jelasnya.

Amiruddin berkata, beliau akan hadir ke majlis pelantikan tersebut dan bersedia menerima apa sahaja portfolio yang diamanahkan oleh Azizan.

Taulan Rasul:  "Sesiapa yang masuk dalam dunia politik memang impian dia nak jadi Perdana Menteri, Menteri Besar ataupun Menteri. Tetapi jangan lupa kita kena akur kepada takdir yang telah ditentukan oleh Allah," katanya.

Nada yang sama disuarakan oleh Abd. Ghani, Soo Nee dan Chow Kang yang turut mengesahkan kehadiran pada majlis pelantikan Exco esok.

Manikumar yang mengesahkan akan hadir menjelaskan, beliau tidak dapat hadir ke majlis raptai hari ini.

RockyKCD : Strategi PECAH & PERINTAH Anwar Ibrahim dan PKR hampir melumpuhkan kerajaan PAS Kedah. Namun ianya tidak akan berakhir disini kerana KEJAHATAN tidak pernah lena dari terus membuat onar di muka bumi ini.

No comments:

Post a Comment