Minda Hijrah Headline Animator

Friday, February 17, 2012

SMM DAH MULA GELABAH, JELAJAH AMAN KAMPUS TERBUKTI BERJAYA

Kenyataan SMM keldai tunggangan PKR berkaitan Jelajah Aman Kampus menampakkan kejayaan Aspirasi mendekati masyarakat dan Mahasiswa dengan cara lebih beradab.

Gelabah dan sudah hilang pengaruh, itulah yang boleh kita gambarkan melihat kepada tindakbalas SMM sedangkan Jelajah Aman Kampus sekadar melakukankan kerja-kerja kebajikan selain memberi penerangan berkaitan perkara-perkara yang baik. Tiada aktiviti dan kenyataan politik dilakukan.

Kelab Chedet sebagai rakan NGO yang bersama dalam Jelajah Aman Kampus banyak membantu dalam memberi pemahaman tentang Tun Mahathir dan sumbangan beliau sepanjang 22 tahun menjadi Perdana Menteri.

Hasil kajian rambang yang dilakukan mendapati bahawa pengaruh SMM tidak ke mana. Hanya gah mendapat berita di portal milik pembangkang dengan kekecohan mereka lakukan.

Masyarakat dan Mahasiswa punyai HAK menjalani kehidupan yang aman. Dan Jelajah Aman Kampus telah membuktikan bahawa pendekatan lebih beradab sesuai dengan nilai2 hidup amalan rakyat Malaysia.

Bukan cara kurang ajar yang ditunjukkan dan diamalkan oleh SMM

No comments:

Post a Comment