Minda Hijrah Headline Animator

Saturday, February 18, 2012

Pemuda PAS Permatang Pauh Berang Anwar Sokong Israel, Mahu Parti Keluar Pakatan Pembangkang


Ketua Pemuda Pas Cawangan Permatang Pauh, Mohammad Hafiz Nordin yang berang dengan pendirian ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim menyokong Israel, menggesa kepimpinan Pas supaya menamatkan hubungan dengan pakatan pembangkang.

Mohammad Hafiz, yang juga bekas Ketua Pemuda Pas Pulau Pinang, Jumaat menyertai berpuluh-puluh anggota Dewan Pemuda Pas negeri mengadakan demonstrasi dengan memegang poster tertulis "Anwar Pengkhianat", "Singkir Anwar", "Anwar Sokong Penceroboh" dan "Anwar Agen Israel".

Demonstrasi itu, yang berlangsung selama 30 minit selepas solat Jumaat di hadapan Masjid Sheikh Eusoff di Jalan Datuk Keramat di sini, turut disertai anggota beberapa NGO seperti Persatuan Al-Ehsan Islamiyah Malaysia, Persatuan Anak Jati Melayu Islam Negeri (PAJIM) dan Perkasa.

Anwar sebelum ini dipetik oleh akhbar antarabangsa Wall Street Journal sebagai berkata bahawa beliau menyokong sebarang usaha melindungi keselamatan Israel.

Mohammad Hafiz berkata sudah tiba masanya Pas keluar daripada pakatan pembangkang dan tidak terpengaruh dengan percaturan politik Anwar.-BERNAMA

3 comments:

  1. TERUSKAN DESAKAN SEPERTI INI DISELURUH PULAU PINANG..takbirr....

    ReplyDelete
  2. Kalau Allah dah turunkan kemurkaannya kepada seseorang yang mengadai kesucian agamanya maka terimalah balasanya satu persatu keaibannya dibuka oleh Allah. Semua ini berlaku kerana Allah masih sayangkan umat Islam di Malaysia supaya tidak terjerumus kedalam kekufuran, Semoga kita kembali menguatkan muafakat dan bersatu menjauhkan kerja jahat puak kafir.

    ReplyDelete
  3. Ramai dah sedar sape Anwar ibrahim sebenarnya. Mungkin dia lepas isu moral tetapi sokongan terhadap Israel membangkitkan kemarahan umat Islam seluruh DUNIA !

    ReplyDelete