Minda Hijrah Headline Animator

Wednesday, February 29, 2012

LAGI WAYANG OSTAT PKR DAKWA PEMBANTUNYA DISOGOK PULAK

Perghhh!!! macam-macam cara Ostat PKR nie nak bersihkan nama dia selepas didakwa ditangkap khalwat dengan BINI ORANG. Seperti entri blog minda-hijrah.blogspot.com sebelum ini, memang ada rancangan Ostat PKR ini untuk kaitkan kononnya ada pihak (UMNO ler) terlibat untuk memerangkap skandal khalwatnya.
 
Jadi awal pagi ini, muncul satu cerita karut kononnya pembantu dia pulak cuba diSOGOK ??? oleh sekumpulan 6 lelaki ??? mahu tuduh UMNO punya kerja ka ???
 
Ini memang cara pemimpin PKR guna jalan cerita sama tetapi ubah skrip aja. 'Spin' dan 'divert' isu supaya nampak ada KONSPIRASI dari musuhnya.
 
tapi Ostat PKR nie ingat RAKYAT BODO ka ?
 
 
Petikan berita Sinar Harian
 
Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi PKR, Dr Badrolamin Bahron mendakwa pembantunya ditawarkan imbuhan lumayan oleh sekumpulan lelaki sebagai dorongan supaya menjadi saksi memburukkannya.

Menurut Badrolamin, pembantunya itu diugut supaya memberi kerjasama dan ditawarkan upah lumayan bagi membantu menjayakan satu rancangan pihak tersebut.

"Ketika saya berada di Kuantan, pembantu saya didatangi enam lelaki dengan nada memujuk dan mengugut meminta supaya memberikan kerjasama.

"Sekiranya dia (pembantu) sanggup berikan kerjasama dengan menceritakan kononnya saya begitu dan begini, dia akan diberikan imbuhan lumayan," katanya semasa menyampaikan ceramah sulungnya di Ampangan, dekat sini, malam kelmarin.

Bagaimanapun, Badrolamin berkata, pembantunya itu kuat semangat tidak melayan tawaran berkenaan sebelum memaklumkan kepadanya mengenai perkara itu.

Menurutnya, berikutan kejadian itu, dia dan pembantunya bercadang membuat laporan polis dalam masa terdekat ini bagi membersihkan kembali namanya berikutan kejadian ditangkap khalwat lalu

2 comments:

  1. Salam semua;
    Swiss Garden Hotel adalah hotel 4 atau 5 bintang. Bagaimana boleh 20 orang gangster masuk kedalam hotel tanpa disedari oleh pengurusan dan pihak keselamatan hotel. Adakah pihak keselamatan hotel gagal mengenalpasti kehadiran begitu ramai gangster memasuki hotel dan naik ke tingkat dimana penghuni tinggal.
    Jika ini benar berlaku, adalah tidak selamat untuk menginap di Swiss Garden Hotel Kuantan. Pihak Swiss Garden Hotel Kuantan perlu mengeluarkan kenyataan rasmi berhubung dengan perkara diatas terutamanya bila ada penginap hotel mendakwa dipukul oleh gangster didalam bilik hotel.

    ReplyDelete
  2. Kalau pembantu kena sogok. Pembantu ke suruh dia masuk bilik dengan bini orang?

    Setiap orang menanggung dosa sendiri ostad hahaha. Apa ke bodoh dia ni

    ReplyDelete