Minda Hijrah Headline Animator

Monday, February 13, 2012

KITAB SUCI BUKU JINGGA MEMANG PATUT DIBAKUL SAMPAHKAN

Ketika Buku Jingga dilancarkan mula-mula dulu, ianya dijaja terutamanya ketika pilihanraya kecil Kerdau dan Merlimau. Begitu ghairahnya pakatan pembangkang menabur janji kononnya mereka menawarkan hak kebebasan dan pakej ekonomi yang tidak realistik dan hanya sedap telinga mendengarnya.

Tindakan Datuk Mazlan membakulSAMPAHkan menyebabkan puak sekular dan sosialis terpekik terlolong di alam maya twitter, facebook dan blog. Memang tindakan berani oleh Ketua Penerangan UMNO supaya rakyat sedar bahawa janji-janji kosong mudah dibukukan bila tidak memegang kuasa tetapi sangat sukar ditunaikan.

Bayangkan jika tol dihapuskan. Berapa ramai hilang kerja? Bagaimanakah keadaan ekonomi ketika itu?

Malah MB PAS Kedah sendiri memperlekehkan Buku Jingga yang dilihatnya tidak realistik.

Tawaran terhadap warga Felda juga tidak realistik sedangkan kerajaan BN telah membuktikan kejayaan Felda yang mengeluarkan rakyat dari kemiskinan dan kemajuan rakyat terutamnya orang Melayu jauh lebih baik sejak mula tertubuhnya Felda.

Sampai bila rakyat mahu ditipu ? Sampai bila Pakatan Pembangkang mahu menipu rakyat semata-mata gilakan kuasa?

Tanya kepada Pakatan Pembangkang, apa sumbangan mereka selama ini? Janji mereka di Selangor pon masih banyak tertunggak. Inikan janji sampah dalam buku Jingga !!!

No comments:

Post a Comment