Minda Hijrah Headline Animator

Monday, February 6, 2012

@Kelab_Chedet SERTAI JELAJAH @AmanKampus #amankampus

Bertempat di perkarangan Masjid Putrajaya telah diadakan pelancaran Jelajah Aman Kampus oleh ahli Parlimen Putrajaya DS Tengku Adnan Mansor.

Presiden Kelab Chedet, saudara Pizi Jihat dan barisan Exconya turut hadir dalam majlis berkenaan.

Kelab Chedet secara rasminya antara NGO yang terlibat secara aktif dalam menjayakan Jelajah Aman Kampus yang akan menjelajah seluruh Malaysia selama 2 minggu ini. Banyak aktiviti-aktiviti yang telah dirancangkan sepanjang program ini.

Wakil Kelab Chedet saudara Adam Mukriz dan Zahin akan menyertai konvoi Jelajah Aman Kampus untuk mendekati mahasiswa supaya tidak terlibat dengan aktiviti tidak berfaedah.

Kepada saudara Adam dan Zahin. Presiden dan ahli-ahli Kelab Chedet mengucapakan selamat maju jaya. Semoga segala usaha yang akan dilakukan diberkati dan dilindungi.

No comments:

Post a Comment