Minda Hijrah Headline Animator

Monday, February 20, 2012

KELAB CHEDET: Apa perlunya UMNO ganti PAS?

Saya kurang bersetuju dengan gesaan Dr. Mohd. Ridhuan Tee Abdullah yang meminta UMNO menggantikan peranan memperjuangkan Islam yang ditinggalkan PAS agar UMNO memperoleh sokongan padu daripada umat Islam terutama menjelang Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) akan datang.
Bagi saya UMNO sejak dari dulu lagi tidak pernah mengabaikan peranannya dalam memperjuangkan Islam di negara ini walau pun selama ini UMNO lebih dikenali sebagai parti Melayu atau parti yang membela nasib orang Melayu.
Cuma pendekatan UMNO itu saja yang agak berbeza daripada PAS kerana UMNO memilih sikap kesederhanaan dalam memperjuangkan Islam.
Mereka perlu ingat bahawa takrif "orang Melayu" dalam kontek Perlembagaan adalah mereka yang beragama Islam, dan jika UMNO memperjuangkan nasib orang Melayu, itu juga bermakna UMNO juga memperjuangkan nasib orang Islam, memperjuangkan nasib orang Islam itu juga merangkumi memperjuangkan nasib agama orang
Islam itu sendiri.
Namun peranan dan kesederhanaan UMNO dalam memperjuangkan Islam selama ini berjaya dibayangi oleh sikap ektrimis PAS kerana PAS mahu membuktikan yang mereka itu lebih Islamik daripada UMNO. Tujuan PAS tidak lain dan tidak bukan adalah kerana mereka mahu bersaing dengan UMNO bagi meraih undi orang Melayu, bukannya kerana PAS itu lebih Islamik daripada UMNO.
Hari ini barulah PAS sedar bahawa mereka sudah terperangkap dengan strategi politik mereka yang mempergunakan agama selama ini apabila mereka mula sedar bahawa PAS tidak boleh bergantung sokongan padu
daripada umat Islam saja. Untuk menang PAS perlu juga menerima bantuan dan sokongan undi dari bukan Islam,
justru PAS tidak boleh terus mengekalkan imej ektrim mereka sebagai parti yang Islamik berbanding UMNO jika mereka ingin mendapat undi dari kaum bukan Islam. Malah tidak semua orang Islam suka dengan sikap ektrimis yang ditunjukkan oleh mana-mana parti politik termasuk UMNO.
Jika UMNO mengambil-alih dan meniru strategik politik PAS yang dulu itu, nercaya UMNO juga akan menghadapi
masaalah seperti PAS sekarang kerana imej ektrimis ini memang sukar untuk dihakis apabila ia mula menghinggap
pada sesabuah pertubuhan termasuk parti politik.
Kita tidak boleh berpura-pura untuk mengatakan bahawa Malaysia bukan negara sekular. Walau pun hari ini
Malaysia dikategorikan sebagai sebuah negara Islam, hakikatnya kita masih bersifat sekular sama seperti
negara Egypt, Syria, Jordan, Indonesia dan sebagainya. Apa lagi komposisi penduduk kita juga merangkumi
warganegara bukan Islam, jadi sensitif keagamaan hendaklah dijaga agar kerajaan yang memerintah hari ini
tidak dituduh cuba memaksa orang lain tunduk dengankhendak sesuatu agama.
Oleh itu kenapa perlu kita tiru strategi yang ditinggalkan oleh PAS itu jika kita tahu strategi yang mereka guna dulu
sudah "makan tuan" atau membawa imej buruk kepada mereka. UMNO seharusnya mengalu-ngalukan jika benar golongan ulama mula meletakkan kepercayaan kepada
UMNO lebih-lebih lagi jika gulungan ulama ini percaya dan berpegang kepada sikap kesederhanan dalam Islam yang diamalkan oleh UMNO selama ini.
Cuma kita bimbang UMNO akan dijadikan "kenderaan" bagi gulungan ulama yang ektimis untuk menyampaikan pandangan mereka hingga akan terjadinya tuduh menuduh
"siapa lebih Islamik" dan "siapa lebih kafir" sesama umat Islam hanya kerana parti-parti politik hari ini sudah mula
sibok mempergunakan strategik keagamaan untuk mendapat sokongan politik dari umat Islam. Itu sudah
tentulah sesuatu yang tidak sihat untuk diamalkan dalam negara majmuk seperti Malaysia hari ini.
Penulis, saudara Nordin Exco Kelab Chedet. Dan sumber berita dari www.kelabchedet.com

No comments:

Post a Comment