Minda Hijrah Headline Animator

Wednesday, February 1, 2012

ISU KUIN: Azizan Razak dedahkan keBEBALan SAMM, SMM & PKR!

Saya pernah mendengar sendiri ucapan dari Tun Mahathir semasa Perhimpunan Melayu di Alor Star Kedah April tahun lepas, seminggu sebelom saya menunaikan Umrah.

Dalam ucapannya, Tun Mahathir secara terbuka mengatakan bahawa MB PAS Kedah adalah seorang pemimpin yang baik. Malah Tun Mahathir sendiri cakap jika beliau terus memuji Azizan Razak, maka pemimpin pembangkang akan mencatas beliau. Tetapi bagi Tun Mahathir, kebenaran wajib disampaikan.

Saya terpingga mendengar kenyataan Tun Mahathir tetapi ternyata apa yang diungkapkan adalah benar.

Hari ini ramai kalangan pemimpin dan penyokong PKR bertindak menyerang Azizan Razak melalui NGO yang kononnya bebas tetapi tetap barua PKR.

SMM jentera PKR dalam kampus bertindak mengecam MB PAS Kedah otu dengan demonstrasi dan memorendum.

Manakala SAMM, jentera PKR untuk setaraf AMK pula menghina Azizan Razak sebagai BEBAL & SOMBONG.

Prof Kangkung Aziz Bari, barua Anwar Ibrahim secara terbuka menyerang MB PAS Kedah dengan memerintahkan Azizan Razak supaya masuk BN kerana menyokong AUKU.

Manakala blog2 dan Facebooker pro PKR terus menyerang bertubi-tubi.

Dengan mudah, Azizan Razak menolak serangan JAHAT PKR dan konco-konconya dengan menyatakan bahawa tindakan KUIN bersandarkan Akta IPTS 1966 dan bukannya AUKU seperti yang difitnah oleh PKR.

Bagi Azizan Razak, beliau tidak mahu mencampuri urusan KUIN dan percaya bahawa tindakan KUIN adalah untuk mendisplinkan para pelajarnya.

Jelas ini bertentangan dengan kehendak sosialis PKR yang mahu hapuskan AUKU dan mungkin mahu implementasi undang-undang rimba di kampus.

Malah Azizan Razak menemplak PKR dengan menyatakan bahawa Buku Jingga bukan kitab suci Al-Quran.

Pemimpin dan penyokong PAS wajar menilai semula sokongan mereka kepada pakatan pembangkang. Harus lebih berani kedepan menuntut hak mereka. Banyak yang telah PAS korbankan untuk mencuci najis kotoran PKR selama ini.

Jangan biarkan PKR & DAP GANTI PAS !

No comments:

Post a Comment