Minda Hijrah Headline Animator

Tuesday, February 7, 2012

IMPIAN PAS JADI KELDAI DAP di N9

Taburan kerusi DUN bagi N. Sembilan tidak jauh bezanya dengan Perak yang mana banyak kawasan cina dimenangi oleh DAP. Sudah tentu kerusi DUN majoriti Melayu bakal menjadi penentu kepada pembentukan kerajaan negeri.

ADUN PAS Paroi YB Taufik sebenarnya mencipta sejarah sebagai wakil rakyat PAS yang pertama menang di N9. Ketika ini kedudukan kerusi DUN di N9 agak membimbangkan BN kerana terlalu bergantung kepada UMNO semata-mata seperti yang berlaku di Perak.

Ironinya, keyakinan yang dilaungkan oleh ADUN PAS Paroi yang juga Pesuruhjaya PAS N9 ini untuk memenangi 8 kerusi PAS di DUN N9 MUNGKIN punyai kaitan dengan impian beliau untuk diangkat menjadi Menteri Besar dalam kerajaan campuran DAP-PKR-PAS jika BN tumbang pada PRU 13 nanti.

Jika ianya berlaku, amat malang bagi orang Melayu kerana sejarah MB PAS Perak , Nizar Jamaludin yang menjadi keldai tunggangan DAP ketika berkuasa AKAN BERULANG.

Banyak perkara yang merugikan orang Melayu di Perak ketika zaman kegelapan Pakatan Pembangkang berkuasa. Menteri Besar PAS hanyalah SIMBOL semata-mata dengan segala keputusan kerajaan negeri ditentukan oleh DAP yang memegang majoriti kerusi DUN.

Adakah sejarah bakal berulang? Apakah kita akan melihat perlantikan Menteri Besar dikalangan Melayu DAP jika N9 atau Perak tumbang ? Bagaimanakah nasib orang Melayu nanti ?

Jangan tertipu dakyah dan kebaikan DAP yang TIDAK PERNAH REDHA dengan bangsa MELAYU dan agama ISLAM.

Apa-apa pun, ANDA MAMPU MENGUBAHNYa. Fikir-fikirkan lah !

DAP GANTI PAS !!!

1 comment:

  1. kadang2 aku terharu gak impian PAS N9 ni..ceramahnya d N9 tak pernah tak maki hamun dan merosakan pemikiran org melayu..dlm majlis penerangannya pun ntah apa perancangan mereka..tak menunjukan keintelektualan merancang melaksana sekiranya meraka dpt memerintah..perlu diingat majoriti pembangkang d N9 ialah DAPig maka sejarah pasti berulang sekiranya putaran itu berlaku sekali lg..aku rasa rakyat N9 tak sebodoh PAS yg diwar2kan olh YB Taufik..apa2 pun PRU 13 akan menunjukan jalan sebenar..adios amigos berambusssss..

    ReplyDelete