Minda Hijrah Headline Animator

Sunday, February 12, 2012

Harussani: ‘Perjuangan Islam Hasan lebih berbaloi bersama NGO daripada PAS’

Tan Sri Harussani Zakaria percaya bekas Pesuruhjaya PAS Selangor Datuk Dr Hasan Ali enggan merayu kepada Majlis Syura Ulama berhubung pemecatannya pada 8 Januari lalu kerana kecewa tidak dapat memperjuangkan prinsip Islam sebenar dalam parti berteraskan agama Islam itu.

Justeru kata Mufti Perak (gambar) ini, daripada kekal dalam PAS adalah lebih baik Hasan, bekas exco kerajaan negeri Selangor memperjuangkan prinsip Islam melalui pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang tidak melibatkan parti politik.

"Beliau (Hasan) sudah dipecat daripada PAS, kalau buat rayuan kemungkinan untuk diterima semula itu sukar...jadi daripada merayu lebih baik Hasan bergerak sendiri dan tubuhkan NGO yang dapat dijadikan platform perjuangan beliau.

"Selepas dipecat beliau mahu menubuhkan NGO untuk terus memperjuangkan agama Islam, hak orang Melayu dan raja-raja Melayu...jadi beliau perlu serius untuk menegakkan Islam, jangan libatkan parti politik," katanya kepada The Malaysian Insider.

Hasan yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Gombak Setia sebelum ini berkata akan menubuhkan NGO dinamakan "Jati" untuk meneruskan agendanya memperjuangkan agama Islam, hak orang Melayu dan raja-raja Melayu.

Menegaskan tidak akan menyertai mana-mana parti politik, Hasan berkata akan menumpukan kepada Jati yang akan dilancarkan pada 21 Februari ini.

Sejak dipecat dari PAS, spekulasi tersebar luas bahawa Hasan akan menyertai Umno.

Tambah Harussani, Hasan merupakan seorang pemimpin yang berpendirian tegas dan berpegang kepada prinsip Islam.

Disebabkan itu menurut beliau, Hasan menyertai PAS yang memperjuangkan Islam berbanding Umno yang disifatkannya "kurang membawa prinsip Islam."

"Saya kenal Hasan sejak dulu dan beliau merupakan pemimpin yang berpegang kepada prinsip Islam...itu saya tahu. Beliau lebih kepada Islam, untuk itu beliau menyertai parti yang memperjuangkan Islam tapi mungkin kerana kecewa kerana tidak dapat memperjuangkan Islam beliau tidak mahu terus bersama PAS.

"Bagi saya biarlah beliau bersama NGO, jangan libatkan parti politik. Jangan pedulikan orang lain dan fokus kepada perjuangan," katanya. The Malaysian Insider

4 comments:

  1. Perjuangan Islam adalah terlalu syumul yang tidak bertindih dengan mana-mana kepentingan. Biar ramai yang menyokong atau tidak yang penting hala tujunya tidak lari dari perjuangan Rasullullah yang tidak pernah berlapik dengan tujuan lain selain membawa mansuia kepada "khalid " dan Rasulnya disamping menegak amar makfuf nahi mungkar dengan penuh hikmah......walahualam

    ReplyDelete
  2. Kurang setuju kalau kita nilai seseorang itu lebih atau kurang kepada Islam. Hakikatnya setiap orang Islam wajib mengamal dan menegakkan syiar Islam. Tidak boleh sesekali mendabik dada yang Aku ini lebih Islam daripada orang lain. Orang yang berjaya adalah yang merendah diri dan terus mengajak manusia ke jalan kebenaran. Sesungguhnya yang menentu nasib kita adalah Allah s.w.t. Sehinggakan Nabi Muhammad s.a.w. yang dijanjikan segalanya pun boleh memohon doa ke hadrat Illahi agar sentiasa ditetapkan hatinya agar tidak terbalik imannya.. Wallahualam.

    ReplyDelete
  3. salam...aku amat hairan apabila aku ada baca komen dari bro pembangkang kata pas itu syumul?????aku nak tanya org2 pas..islam tu pas ke???salah satu sbb rakyat yg ramai bencikan parti pas haprak tu sbb le...menyamakan Pas dgn islam....bawa mengucap le penyokong2 pas....dan sbb tu lah allah tak berkat pada perjuangan...dan hanya menunggu kehancuran sbb memutar belitkan hadith dan ayat quran....

    ini bukan masalah umno...ini masalah parti tu sendiri yg mengangap org umno cetek agama....Dr hasan Ali adalah pelengkap tuhan untuk membuka pekong Parti haprak Pas yg tak pernah henti untuk menfitnah umno...nah skrg kajatuhan Pas /Pkr sedang dalam proses sebagai mana yg di rancang tuhan di sbbkan parti pas telah banyak membuat fitnah dan kerosakan dimuka bumi ni.......tunggu lah pembalasan tuhan siapa benar dan siapa haprak di PRU13 nanti.....ada kekawan aku cakap parti pas bukan syumul..tapi pas tu kepala koteh bengkok anuar????mungkin le kot....

    ReplyDelete
    Replies
    1. kamu bercakap macam seorang kapir, mana ada dalam dunia nih Islam tu PAS.Ingat PAs yang buat Islam ...bodoh tul.Gi ngaji Koran baca hadith Nabi SAW...PAS punya perjuangan berlandaskan Koran dan Hadith itu aje yang aku tahu sebagai ahli PAS.Hasan Ali kena tendang dari PAS sebab dia nak suruh semua orang ikut cakap dia yang berkelulusan PhD Town Planning bukan Ugama Islam pun.Dia tidak faham apa itu pertubuhan atau persatuan yang ada Majlis Syura yang membuat dasar parti.Maka bila dia menentang Syura memang layak di tendang keluar.Kalau kamu pun ahli PAS berperangai macam Hasang ALI aku tendang dan sepak keluar.Kalau kamu kata PAS nih kerjanya memfitnah orang UMNO ,cuba kamu senaraikan fitnah nih jangan ikut cakap suka mulut.Orang UMNO macam kamu nih otak memangnya penuh dengan kelucahan tengok bahsa apa kamu guna di sini.

      Delete