Minda Hijrah Headline Animator

Saturday, February 4, 2012

HADI MAIN WAYANG UNTUK RAIH SOKONGAN ?

Saya mula-mula tidak faham kenapa tiba-tiba Presiden PAS tidak mahu bertanding dalam PRU 13. Tetapi bersandarkan kepada perbincangan dengan rakan-rakan dan pemimpin UMNO, baru lah tahu kemungkinan besar yang Haji Hadi hanya mau 'TEST MARKET'

Buat apa nak 'TEST MARKET' ? Hehe Haji Hadi sebenarnya nak tahu samada dia laku ke idak lagi selepas pemecatan Dr. Hasan Ali.

Haji Hadi sebenarnya bukan pemimpin Pakatan Pembangkang yang popular sangat. Ketika Selangor, Perak, Penang dan Kedah jatuh ke tangan pembangkang, negeri kelahiran Haji Hadi tewas sedangkan Terengganu dianggap kubu kuat PAS.

Selain itu populariti pemimpin PAS lain seperti Mursyidul Am PAS, Nik Aziz dan Timbalan Presiden, Mat Sabu jauh lebih baik berbanding dengan Presiden PAS sendiri. Cuma Haji Hadi sentiasa 'Syok sendiri' dikaitkan dengan pemerintahan regim PAS Terengganu yang GAGAL

Sebenarnya, ramai pimpinan PAS yang mahu Haji Hadi berundur terutamanya selepas seringkali dikaitkan dengan kerajaan perpaduan UMNO & PAS.

Jadi, kita jangan terperangkap dengan lakonan wayang Haji Hadi.

Nampaknya, apa yang dilakukan itu sudah nampak hasilnya. Masih ada kroni dan kaum kerabat Haji Hadi mahukan beliau terus kekal. Mungkin untuk imbangi kuasa Nik Aziz dan geng Anwarisma dalam PAS.

1 comment:

  1. BERSATU PADULAH WAHAI BANGSAKU. BERSAUDARALAH KAMU WAHAI BANGSA KU. BERSATU PADULAH WAHAI BANGSA KU. BERIMANLAH KAMU KEPADA ALLAH SWT WAHAI BANGSA KU.

    ReplyDelete