Minda Hijrah Headline Animator

Friday, February 3, 2012

Bisik-Bisik Awang Selamat - Agih Limau di Pasar Babi

Awang tertarik dengan berita akhbar Cina yang melaporkan pemimpin pembangkang beragama Islam mengagihkan limau mandarin kepada peniaga di gerai jualan daging babi di Selangor dan Johor sempena sambutan Tahun Baru Cina.
 
Bagi Awang, bersama-sama memeriahkan dan meraikan sambutan tahun baru bagi rakan-rakan daripada kaum Cina memang sesuai di sebuah negara berbilang kaum seperti Malaysia.
 
Banyak cara dan suasana sama ada lokasi dan masa yang sesuai boleh ditunjukkan semangat bermasyarakat itu, misalnya dengan mengunjungi majlis rumah-rumah terbuka sempena Tahun Baru Cina.
 
Setahu Awang, sebelum ini belum pernah pemimpin mana-mana parti yang beragama Islam dilaporkan berbuat demikian dengan mengunjungi para peniaga daging babi di gerai jualan mereka.
 
Awang percaya keadaan itu tidak pernah berlaku kerana ajaran Islam berhubung status daging tersebut; walaupun pada masa yang sama Islam tidak pernah melarang mereka yang bukan Islam makan daging itu.
 
Oleh kerana itu, buat sekian lama, gerai daging babi biasanya diasingkan daripada gerai biasa di pasar-pasar awam di negara kita. Ini kerana semua kaum sedia maklum hakikat status daging itu dalam Islam dan wujud keadaan saling memahami sensitiviti agama. Memahami sensitiviti agama bukan bermakna penafian terhadap hak mereka yang boleh memakan daging babi.
 
Justeru soal pemimpin Islam, tidak mengira siapa, di gerai-gerai jualan daging babi bagi tujuan meraikan rakan-rakan daripada kaum Cina perlu diteliti semula kerana ia bukanlah hal terdesak. Mereka boleh ditemui di tempat lain yang lebih sesuai.
 
Awang – Bukan ulama. — Utusan Malaysia

 

1 comment:

  1. Babi pon babilah...undi lebih penting hal yg lain dok belakang.lepas pru 13 nanti org yg dok sibuk pi kedai babi tu masih minat pi kedai tu atas prihatin kita tabik spring...

    ReplyDelete