Minda Hijrah Headline Animator

Sunday, January 15, 2012

Tak puas hati Hasan di pecat, ahli PAS sertai Umno Gombak

Seramai 102 anggota PAS Kampung Kerdas Gombak bertindak keluar parti dan menyertai Umno selepas tidak berpuas hati dengan kepimpinan PAS.

Kumpulan itu yang diwakili Mohd Jais Ismail menyerahkan borang untuk menyertai Umno kepada Ketua Umno Bahagian Gombak Abdul Rahim Kamarudin dalam satu majlis di Kuala Lumpur, semalam.

Jais berkata selain tidak berpuas hati dengan kepimpinan PAS, keputusan mereka untuk meninggalkan parti itu juga kerana kecewa dengan tindakan parti yang memecat exco kerajaan negeri Selangor Datuk Hasan Mohamad Ali daripada parti tersebut.

"Kami tak percaya dengan PAS dan kami yakin hanya Umno dan BN yang mampu membela nasib rakyat," katanya pada majlis pengisytiharan anggota PAS Kerdas menyertai Umno dan ikrar menyokong BN.

Jais, yang juga Ketua Zon PAS Taman Kamariah Gombak, berkata keputusan untuk meninggalkan parti dibuat atas kerelaan sendiri dan bukan disebabkan oleh tekanan atau tawaran daripada mana-mana pihak.

Menurutnya walaupun dipujuk oleh PAS supaya terus kekal bersama parti itu namun mereka nekad dengan keputusan masing-masing iaitu menyertai Umno malah dijangka lebih ramai lagi akan menyusul.

- Bernama

2 comments:

  1. Sdr Rahim Kamarudin..apa hangpa ajak depa masuk UMNO cepat2 ni..kan depa ni dah kata semua nya ni..pemecatan Dr Hassan ni semua adalah kerja dan anayai oleh UMNO...ni dah jelas UMNO lah segala penyebab kenape PAS dan juga Pakatan yang suci bersih ni kelam kabut dan di nodai..ini semua perbuatan UMNO tak lain dan tak bukan...

    ReplyDelete