Saya ada terbaca bahawa Malaysia adalah antara negara yang mencatatkan angka kemalangan tertinggi di dunia. Dan antara sebab utama punca kemalangan adalah sikap cuai pemandu dan sikap acuh tak acuh pemilik kenderaan terhadap keadaan kereta.
Setiap kali musim perayaan, ada saja nyawa terkorban. Bukannya sedikit, tetapi cecah 1 ribu nyawa terutamanya sambutan Hari Raya Aidil Fitri. Oleh yang demikian, saranan TS Lee Lam Thye wajar disokong oleh RAKYAT Malaysia. Ramai kalangan kita kehilangan saudara dijalan raya atas sebab kecuaian pemandu.
Hukuman penjara mandatori bukan sekadar untuk menghukum tetapi memberi peringatan kepada semua pemandu supaya lebih berhati-hati.
Kepada semua rakan-rakan pembaca, sayang sering ingatkan 'Berhati-hati di jalanraya. Ingatlah orang tersayang ! Anda mampu ngubahnya !"
Berita dari Bernama
Kerajaan patut mengenakan hukuman penjara mandatori terhadap mereka yang memandu secara berbahaya hingga mengakibatkan
kemalangan maut di jalan raya, kata Tan Sri Lee Lam Thye.
Anggota Majlis Keselamatan Jalan Raya itu berkata kerajaan juga perlu menimbang untuk memperkenalkan skim "pandu selamat, kurang bayaran" yang bermaksud, pemandu yang mengikuti kursus pemanduan berhemah layak dikenakan bayaran premium insurans yang lebih rendah untuk kenderaan masing-masing.
Empat langkah itu adalah antara cadangan yang dikemukakan Lim dalam kenyataannya hari ini untuk mengurangkan kemalangan jalan raya, khususnya pada musim perayaan.
Beliau juga mencadangkan agar kerajaan mengenal pasti semua bahagian jalan raya yang berbahaya dan mengambil langkah untuk mengatasi masalah itu.
Satu lagi perkara yang beliau cadangkan ialah pengajaran silibus berkaitan keselamatan di sekolah untuk menyemai etika baik ketika di jalan raya dalam kalangan golongan muda bagi melahirkan golongan baru pemandu kenderaan dan penunggang motosikal, yang bukan saja mementingkan keselamatan sendiri, tetapi juga keselamatan orang lain.- Bernama
No comments:
Post a Comment