Minda Hijrah Headline Animator

Wednesday, January 11, 2012

Karpal sangkal PEMBOHONGAN Anwar kononnya kerajaan bimbang

Ini memang perangai buruk semulajadi Anwar Ibrahim. Pertamanya KUAT BERBOHONG dan keduanya BUSUKKAN NAMA NEGARA diluar negara.

 

Ironinya, pembohongan Anwar kali ini disangkal oleh peguamnya sendiri iaitu Karpal Singh.

 

Inikah mentaliti calon Perdana Menteri jika Anwar sendiri tidak dapat membezakan badan kehakiman dan kerajaan sehingga terpaksa disangkal oleh peguam beliau sendiri.

 

Sudah banyak kali Anwar kantoi berbohong termasuk pembohongan yang dilakukannya kepada rakyat bahawa dia tidak mengenali Datuk Eskay. Sedangkan Anwar yang memperkenalkan Datuk Eskay kepada Raja Petra Kamarudin (RPK) dan RPK mendedahkan pembohongan Anwar ini.

 

Rakyat wajar buka mata bahawa pembohong seperti Anwar TIDAK LAYAK menjadi pemimpin negara.

 

 

 

Karpal sangkal dakwaan Anwar konon kerajaan bimbang

 

KUALA LUMPUR 10 Jan. - Peguam bela Datuk Seri Anwar Ibrahim, Karpal Singh menyangkal dakwaan anak guamnya yang menyifatkan keputusan Mahkamah Tinggi semalam ada kaitan dengan kebimbangan kerajaan terhadap imej buruk di mata dunia.

 

Sebaliknya Pengerusi DAP itu menegaskan, ia adalah keputusan badan kehakiman berdasarkan bukti serta kandungan perbicaraan sepenuhnya.

 

"Tidak, ia (keputusan) tiada sebarang kaitan dengan kebimbangan kerajaan seperti yang didakwa oleh Anwar," katanya pada sidang akhbar di pejabatnya di sini hari ini.

 

Anwar dalam satu temuramah dengan agensi berita asing AFP mengaitkan keputusan mahkamah itu ekoran kebimbangan kerajaan terhadap imej buruk di mata dunia sekiranya beliau didapati bersalah.

 

Mahkamah Tinggi di sini semalam membebaskan Anwar daripada pertuduhan meliwat bekas pembantunya, Mohd. Saiful Bukhari Azlan kerana tidak cukup bukti.

 

Karpal berkata, keputusan badan kehakiman dan kebimbangan kerajaan adalah dua perkara berbeza.

No comments:

Post a Comment