Minda Hijrah Headline Animator

Friday, January 6, 2012

ISU TERJEMAHAN BAHASA INGGERIS DI DALAM PORTAL RASMI KEMENTERIAN PERTAHANAN

ISU TERJEMAHAN BAHASA INGGERIS DI DALAM PORTAL RASMI KEMENTERIAN PERTAHANAN 

 

KENYATAAN MEDIA

 

Unit Komunikasi Korporat Kementerian Pertahanan telah mengeluarkan kenyataan berikut:

 

Merujuk kepada maklumbalas yang diterima mengenai terjemahan Bahasa Inggeris di dalam portal rasmi  Kementerian Pertahanan, pihak kami mengucapkan terima kasih di atas keprihatian semua pihak serta memohon maaf di atas kesulitan yang telah berlaku.

 

Pihak Kementerian Pertahanan telah mengambil tindakan susulan dengan mengeluarkan terjemahan tersebut buat sementara waktu dan sedang mengambil tindakan pembetulan demi memastikan terjemahan yang dibuat menepati maksud sebenar yang ingin disampaikan kepada pelawat yang melayari portal Kementerian Pertahanan.

 

Pihak kami dalam usaha untuk menggunakan perisian yang bersesuaian demi memastikan terjemahan portal Kementerian Pertahanan di dalam Bahasa Inggeris menepati maksud sebenar yang ingin disampaikan kepada pelawat portal.

 

Sekian harap maklum.

 

'PERTAHANAN NEGARA TANGGUNGJAWAB BERSAMA'

 

UNIT KOMUNIKASI KORPORAT

KUALA LUMPUR

5 JAN 2012
 
Nota kaki: dipetik dari www.kritis-online.com
 

 

 

RockyKCD- Apa yang berlaku agak memalukan tetapi tindakan pantas pihak bertanggungjawab juga wajar dipuji.

 

Sebab itu semua agensi kerajaan wajib peka dengan kritikan dan teguran dari semua pihak terutamanya melalui laman media sosial seperti blog, twitter dan Facebook.

 

Setakat ini beberapa agensi kerajaan telah berani berhadapan dengan orang ramai melalui media sosial. Pujian harus diberikan kepada PDRM kerana begitu aktif dalam komunikasi melalui laman Twitter dan juga Youtube.

 

Diharapkan semua agensi dan jabatan kerajaan mencontohi PDRM.

2 comments:

  1. Sedikit pandangan yang sy nk berikan tentang hal terjemahan ini. Perisian yang digunakan untuk menterjemah bahasa melayu ke bahasa inggeris adalah sangat tak 'reliable'. Sebagai sebuah kementerian, seharusnya sebarang maklumat yang nk disalurkan perlulah diperiksa dan 'proof read' sebelum dimuat naik ke dalam portal dan adalah lebih baik menggunakan terjemahan manusia, berbanding terjemahan menggunakan perisian. perkara ini sangat memalukan, kerana seolah-oleh pihak yg mentadbir laman web ini tidak mengambil berat dengan kandungan yang disebarkan. Saya juga seorang pentadbir laman web di sebuah IPTA tempatan, kami amat mementingkan penggunaan bahasa dengan betul, sebelum apa2 maklumat hendak disampaikan, kandungannya akan diperiksa dan disahkan sebelum dimuat naik ke dalam server.

    ReplyDelete
  2. JAY JAMALINA DIA HARUS DI PECAT SEBAGAI HUKUMAN YG SETIMPAL BUKAN SETAKAT MEMINTA MAAF...INI MELIBATKAN PEMIMPIN TERTINGGI NEGARA....

    ReplyDelete