Minda Hijrah Headline Animator

Friday, January 6, 2012

Demo 901: Azmin Desak PAS Ambil Tindakan Terhadap Hasan Ali

Parti Keadilan Rakyat (PKR) mendesak rakan sekutu mereka iaitu PAS bertanggungjawab terhadap kenyataan bekas Pesuruhjaya PAS Selangor, Datuk Dr Hasan Ali yang menyeru agar rakyat tidak menyertai perhimpunan 'Bebaskan Anwar 901'.

Sambil menyifatkan kenyataan Hasan sebagai celupar, Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali turut menuntut agar PAS meneliti tindakan sewajarnya terhadap Exco Selangor itu yang dilabel sebagai melampau dan keterlaluan.

"Beliau telah melanggar prinsip dan semangat Pakatan Rakyat. Sebagai Exco kerajaan negeri, beliau tidak sewajarnya membuat kenyataan terbuka seperti itu yang tidak berasas sama sekali.

"Ini menuntut supaya pimpinan tertinggi PAS mengambil tindakan yang serius terhadap Dr Hasan yang bagi saya sudah melampau dan tidak lagi bertanggungjawab terhadap Pakatan Rakyat dan kerajaan negeri Selangor.

"Saya serahkan kepada PAS Pusat. Saya cuma mencadangkan agar PAS Pusat bertanggungjawab di atas tindakan Dr Hasan dan meneliti tindakan yang sewajarnya yang perlu diambil terhadap beliau," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat PKR di sini, Jumaat.

Beliau berkata demikian bagi mengulas kenyataan Hasan sebelum ini yang menyifatkan demonstrasi 901 anjuran PKR sebagai sesuatu yang sia-sia serta memberi kesan tidak baik terutamanya kepada golongan muda.

Hasan turut menyeru agar ahli PAS tidak menyertai perhimpunan berkenaan.

Selain itu Mohamed Azmin yang juga Ahli Parlimen Gombak turut mempersoalkan kedudukan Hasan apabila mengeluarkan kenyataan yang tidak selari dengan kepimpinan tertinggi PAS dalam isu berkenaan.

"Ketika beliau menyerang Datuk Seri Anwar semalam, pada masa yang sama Datuk Nik Abdul Aziz Nik MT sedang meraikan Datuk Seri Anwar di Kota Bharu bagi menyampaikan rasa sokongan dan simpati.

"Jadi kalau Datuk Nik Aziz sendiri pada masa yang sama, hari yang sama memberikan sokongan dan beliau sendiri dijadualkan hadir pada 9 Januari ini...tertakluk kepada kesihatannya, saya nak tanya siapa Dr Hasan dalam perkara ini?," katanya tegas.

Dalam pada pada itu Mohamed Azmin turut mempertikaikan pendirian Hasan yang tidak akan menyertai perhimpunan solidariti terhadap Ketua Pembangkang.

"Beliau tak nak pergi, tak payahlah bising. Himpun dia boleh pergi. Ini bukan soal peribadi Datuk Seri Anwar.

"Sekali lagi saya tegaskan, selain tunjukkan solidariti terhadap kepimpinan Datuk Seri Anwar, perhimpunan ini juga sebagai tentangan rakyat terhadap kata politik Umno dan BN.

"Apakah Dr Hasan setuju dengan kata politik yang menjadi budaya Umno dan BN pada hari ini? Apakah beliau seorang pemimpin yang sangat bermoral sehingga orang lain buruk?" katanya.

6 comments:

  1. Aku sokong Dr Hassan Ali...

    Sepatutnya pemimpin macam ni dilantik jadi Presiden PAS..bukannya Nik Aziz, Hadi atau Sabu..

    Lantak kaulah Azmin...

    Memang PKR dah mati...

    Lepas ni kau lepas geram pulak kat Raja Petra...

    ReplyDelete
  2. malunya, orang melayu bercakar sesama sendiri untuk isu yang memalukan...

    ReplyDelete
  3. Kalau difikirkan secara waras buat apa nak pegi berhimpun bukannya boleh mengubah apa yanag diputuskan oleh mahkamah nanti, abis-abis pun dapat penat je, pelik ye orang berhimpun hanya kerana nak menyokong seorang yang didakwa meliwat...bodoh bodoh melayu bodoh

    ReplyDelete
  4. inilah cara anwar memutarbelitkan keadaan memang dah terang akan kesalahannya mencari jalan memporakperandakan keadaan , ramai yg terpedaya dgn tipuhelahnya...sadarlah bangsaku jangan mudah dipergunakan...ini adalah masalah peribadinya kenapa tidak dia sendiri mempertahankannya jika dia benar bukankah terlalu banyak ruang untuknya..memang dasar manusia bangsattt..

    ReplyDelete
  5. Azmin masih tak sedar beliau telah digunakan oleh Anwar sebagai barua untuk huru harakan Negara supaya dia terlepas dari keputusan didapati bersalah kerana meliwat Saiful. ini semua agenda peribadi Anwar dan PKR, org PAS Tak perlulah buang masa dan bersekongkol dgn org yg rosak moral dan ahklah macam ni. Jgn bersimpati langsung kepada Anwar Al Juburi tu..

    ReplyDelete
  6. Teruskan perjuangan mu Dato Hasan Ali, biarkan Azmin dan sekutunya dihimpit dengan kegelisahan di atas kempen Dato 'jgn berhimpun dan menyertai Demo 901'. Lebih baik semua ahli PAS melakukan Solat Hajat Perdana mohon Allah tunjukkan kebenaran pada 901 nanti. Itu lebih baik dan beradab drpd terjerit jerit ditengah jalan, jgn ikut budaya yang dibawa PKR yang terdesak dan gila kuasa tu. Jom kita ahli PAS balik ke cara asal kita, cara ulamak-ulamak PAS terdahulu..minta bantuan TG Nik Aziz dan Haji Hadi. Insyaallah mereka pasti setuju.

    ReplyDelete