Saya tidak pasti perasaan pada diri sendiri samada mahu ketawa ataupun menangis apabila membaca kenyataan peguam Anwar. Kita boleh nilai sendiri bagaimana manusia boleh berubah sekelip mata demi kuasa.
Kapal Singh adalah wakil rakyat yang membangkitkan isu moral dan liwat Anwar Ibrahim di Parlimen ketika Anwar menjadi Timbalan Perdana Menteri. Karpal Singh juga lah yang meminta Anwar Ibrahim supaya bertaubat ketika pembohongan janji 16 September Anwar terbongkar.
Tetapi hari ini, kita dapat lihat bagaimana Kapal berubah menjadi Ketua peguambela Anwar dalam kes Liwat II. Ironinya, tetiba Kapal terus menyokong Anwar dengan meminta pihak AG tidak meneruskan proses rayuan keputusan Mahkamah Tinggi di Mahkamah Rayuan.
Alasannya, Anwar banyak merana !!! Ntah kenapa Kapal boleh mengeluarkan kenyataan sedemikian rupa.
Mungkin disebabkan Kapal sendiri MERANA kerana dipaksa untuk mencari jalan supaya perbicaraan dapat diTANGGUHkan sebanyak 69 kali. Banyangkan 69 kali kes tertangguh dan memakan masa lebih dari 3 tahun baru selesai.
Mungkin Kapal sudah letih dan tidak mahu lagi melayan karenah dan membela Anwar di Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Persekutuan. Ada kemungkinan rekod penangguhan bakal dipecahkan.
Dalam kes Liwat II, Hakim yang banyak merana. Dipaksa melayan karenah Anwar. Beberapa kali diminta pecatkan dirinya dr menjadi hakim kes Liwat II.
Kapal dan barisan peguam bela juga merana kerana dipaksa melayan karenah Anwar utk buat penangguhan perbicaraaan kes.
Adakah benar Anwar merana? Jangan tertipu dengan mainan psikologi peguamnya.
Mungkin ada benarnya ahli keluarga Anwar Ibrahim terutama isterinya Wan Azizah yang paling MERANA hanya kerana mahu menjadi nama baik keluarga disebabkan isu moral Anwar.
Dan Anwar adalah manusia yang paling BAHAGIA kerana berjaya memanipulasi semua pihak termasuk RAKYAT yang menyokong beliau.
biar dia jadi gila nak jadi PM..
ReplyDeleteHehehe masalahnya ramai yg gila juga yang nak dia jadi PM
ReplyDelete