Menjelang keputusan Mahkamah kes Liwat II Anwar Ibrahim pada 9 Januari 2012, PKR semakin terdesak apabila mahu membuat kekecohan dan demonstrasi jalanan melibatkan seramai 100,000 orang di tempat awam.
Persoalannya disini, dimana letaknya perjuangan PKR yang sebenar? Untuk Anwar atau untuk majoriti Rakyat?
Tindakbalas negatif oleh PKR menggambarkan perjuangan sebenar mereka. Mereka tidak peduli masalah rakyat. Mereka tidak ambil kira kepentingan awam pada hari Isnin 9 Januari nanti untuk menggerakkan 100,000 orang. Apa yang penting ialah Anwar Ibrahim wajib dibebaskan dari tuduhan salah laku seksual diluar tabie beliau di mahkamah.
Rakyat wajib sedar bahawa perjuangan PKR tidak kurang dari perjuangan untuk Anwar Ibrahim terlepas dari isu moral beliau. Perjuangan PKR jelas hanya untuk Anwar Ibrahim menjadi Perdana Menteri.
Mereka menyerang kelemahan pentadbiran kerajaan pusat dengan menyemai politik kebencian tetapi dalam masa yang sama memunggah kekayaan dalam negeri Selangor dan Pulau Pinang. Kenyataan terbaru Raja Petra Kamarudin (RPK) tentang Anwar dan Azmin menguatkan lagi dakwaan ini.
Rakyat wajib menilai semula sokongan terhadap PKR dan pakatan pembangkang. Perbuatan mengheret rakyat untuk masalah peribadi Anwar adalah perjuangan PKR yang sebenar-benarnya.
No comments:
Post a Comment