Minda Hijrah Headline Animator

Friday, December 9, 2011

'Siapa cakap banyak, dijemput naik scorpene' - Zahid Hamidi

Isu berkaitan aset pertahanan negara tidak sepatutnya dijadikan debat secara terbuka oleh mana-mana pihak terutama pembangkang, kata Menteri Pertahanan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

 

"Negara lain pun ada masalah itu juga. Boleh persoal harga atau spesifikasi aset itu tetapi jangan pertikaikan kemampuan aset negara dalam mempertahankan negara," katanya pada jamuan tengah hari bersama media yang membuat liputan Pameran Maritim dan Udara Antarabangsa Langkawi 2011 (LIMA '11), di Langkawi hari ini.

 

Untuk itu, katanya, beliau akan terus mempelawa anggota pembangkang yang mempertikaikan kemampuan aset pertahanan negara untuk melihat sendiri kemampuan aset pertahanan tersebut, sekaligus menyanggah tohmahan yang dibuat mereka.

 

"Siapa yang cakap banyak, mereka yang pertama akan dijemput. Seperti kapal selam, ahli politik sebenarnya tidak boleh menaikinya tetapi bagi membersihkan nama baik ATM (Angkatan Tentera Malaysia) bahawa aset pertahanan negara boleh digunakan, saya terpaksa buat pengecualian," katanya.

 

Ahmad Zahid berkata Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng dan dua timbalannya dijadual menaiki kapal selam KD Tun Razak petang ini bagi mengalami sendiri kebolehan kapal selam itu.

 

"Dua (wakil) DAP dan seorang Parti Keadilan Rakyat (PKR). Kapal selam itu akan bergerak lima jam untuk sampai ke satu kawasan yang dalam untuk menyelam. PAS kita akan jemput ke Sepanggar, Sabah (pangkalan kapal selam).

 

"Bagi Tony Pua (Anggota Parlimen Petaling Jaya Utara) kita akan jemput dia naik kapal selam dari Langkawi ke Teluk Sepanggar yang makan masa tiga hari tiga malam. Biar dia tahu susah naik kapal selam. Dia yang paling bising, paling banyak cakap," katanya.

3 comments:

  1. Zahid Hamidi menteri paling bangang, mengalahkah Nazri la pulak. Menteri sekoq ni kalau tak boleh campak ketepi suruhlah dia jadi menteri perlancungan ka, menteri pertanian ka. Letihlah tengok dia ni ...habis rahsia pertahanan dia nak cerita kat orang. Apa ker jadahnya Lim Guan Eng di bawa naik scorpene tu ...apa pekdahnya!!!!

    ReplyDelete
  2. liwat ada jubur tony pua dgn terpedo...kau buat apa meka akan spin.. mcm raja liwat.. semua otak ada taik...

    ReplyDelete
  3. kau tahu ka yg zahid hamidi buat macam tupun terpaksa.kalau tak bawa si cina sekok ni,macam2 lagi yang dia akan canang.ko ingat navy kita ni percaya pada semua ahli parlimen?lebih2 lagi pembangkang?ada sebab jangan melenting dia tahu apa yang dia buat...

    ReplyDelete