Minda Hijrah Headline Animator

Tuesday, December 6, 2011

Shahrizat tidak perlu berundur disebalik desakan.

DS Shahrizat Jalil adalah antara pemimpin UMNO yang sedang membuat percaturan karier politiknya. Tewas kepada anak sulong Anwar Ibrahim di Parlimen Lembah Pantai, beliau tetap dilantik sbg Senator dan menjawat jawatan Menteri Penuh. Mungkin atas kapasiti beliau sbg Ketua Wanita UMNO.

Persoalanya disini, dimana kedudukan beliau nanti? Terutamanya ketika isu NFC menjadi isu hangat melibatkan perniagaan suami dan anak-anak beliau setelah mendapat 'soft loan' RM250 juta.

DS Shahrizat hampir pasti tidak akan bertanding di Lembah Pantai melihatkan kedudukan seorang lagi Senator Menteri Penuh, Raja Nong Chik sbg Ketua bahagian Lembah Pantai. DS Shahrizat adalah Ketua Wanita Kepong yg mana Parlimennya adalah kubu kuat DAP. Beliau juga bukan 'winnable candidate' utk mana2 kerusi Parlimen di Wilayah Persekutuan kecuali kerusi selamat di PUTRAJAYA.

Kembali kepada persoalan utama, disebalik desakan, jawatan Senator dan Menteri adalah kuasa Perdana Menteri. Oleh itu, DS Shahrizat tidak perlu berundur.

Untuk terus kekal karier politik yang sudah terbina sehingga kejayaan menjadi Ketua Wanita UMNO Msia, DS Shahrizat Jalil mungkin boleh fikirkan kerusi Parlimen Putrajaya.

Mungkin usaha beliau ke arah itu juga.

1 comment:

  1. Salam,

    Jika prosedur yang dilaksanakan dalam pemberian kontrak adalah mengikut pekelilingan terkini sesiapa saja boleh menerima kontrak waima ianya keluarga pemimpin. Jika tidak, adalah amat malang untuk menjadi ahli keluarga pemimpin kerana mereka akan kehilangan semua peluang dalam hidup walau pun layak. Kerajaan mengamalkan dasar kewangan yang ketat yang jika diikut tatacaranya maka sesorang pemimpin itu berada di dalam keadaan yang benar. Kadang-kadang isu yang ditimbulkan oleh sesetengah pihak tidak melihat kepada perkara ini. Lapuran Audit bertujuan mengawal dan memantau perbelanjaan agensi kerajaan dan bukannya untuk disalah tafsir pembangkang. Pembangkang sendiri tidak mempunyai ketelusan di dalam bidang penguditan. Jika benar-benar mengikut prosedur kerajaan Menteri berkenaan boleh menyaman pihak yang mentohmh beliau. Namun demikian, interaksi berkaitan dengan hal-hal politik mungkin mempunyai pendekatan yang berbeza.

    ReplyDelete