Nampaknya media milik pembangkang masih tidak berpuashati dengan sikap terbuka Menteri Pertahanan (Menhan), YB DS Ahmad Zahid hamidi ketika menjemput YAB KM Penang dan 2 Timbalannya utk bersama2 menaiki kapal selam KD Tun Abd Razak milik Angkatan Tentera Laut Diraja Malaysia. Pelbagai fitnah dan putarbelit dilemparkan kepada Kerajaan dan Kementerian Pertahanan. Sedangkan tujuan YB Menhan menjemput pemimpin pembangkang adalah untuk mereka melihat sendiri keupayaan kapal selam.
Untuk rekod, sebelum ini banyak pemimpin pembangkang seperti Anwar Ibrahim dan anaknya Nurul Izzah bertindak memburukkan nama Angkatan Tentera Laut Diraja
Nampaknya media pembangkang mati akal apabila YAB KM Penang sendiri bertindak memuji keupayaan tentera sedangkan sebelum ini mereka banyak menabur fitnah termasuk menyatakan "kapal selam tidak boleh menyelam" dan "senjata kapal selam tidak berfungsi"
Realitinya disini ialah pemimpin utama pembangkang sendiri telah mengakui keupayaan angkatan Tentera Laut Diraja
Petikan Mkini
Sementara itu, ketika ditanya mengenai pengalamannya, Lim tidak menyatakan sama ada beliau berpuas hati atau sebaliknya.
"Kami menghormati sumbangan tentera laut dan menghargai sumbangan mereka kepada keselamatan negara," katanya.
Lim ditanya beberapa kali sama ada beliau berpuas hati dengan prestasi kapal selam tersebut dan apa yang akan diberitahunya kepada pemimpin pembangkang yang lain.
Beliau hanya menjawab secara berseloroh, "Jangan tanya saya sekarang di depan Datuk Zahid, kemudianlah".
Lim berkata tiada siapa yang mempertikaikan keperluan bagi kapal selam mahupun sumbangan tentera laut demi keselamatan negara.
"Ini disokong oleh semua rakyat yang akan merasa bangga tentang sumbangan tentera laut.
"Kita tidak mempertikaikan keupayaan tentera laut tetapi kita mempunyai pandangan yang berbeza dengan kerajaan mengenai kos kapal selam," tegas beliau.
tony puaka yang banyak mulut bila lagi nak naik kapal selam?
ReplyDeleteKan dh ckp bnyk kali, kerajaan x perlu ikut sngt rentak pembangkang. x perlu layan sngt kerenah mereka. siapa mereka untuk dlyn sebgitu baik? lihat, trbukti skrng....masih x puas hati, putar belit lagi....puak2 malaun ni x kn prnh nk berterima ksih, mengaku kebenaran wlu tlh trbukti, menerima kenyataan yg x memihak kpd mereka...mentaliti mereka teruk sekali!
ReplyDelete