Minda Hijrah Headline Animator

Thursday, December 15, 2011

Mahfuz Omar: Hasan Ali boleh keluar PAS sertai UMNO jika mahu

Bekas pesuruhjaya PAS Selangor Datuk Dr Hasan Ali yang menjadi tumpuan sejak kebelakangan ini termasuk berhubung desas-desus kemungkinan digugurkan daripada menjadi calon, boleh keluar parti Islam itu dan menyertai Umno jika mahu, kata Datuk Mahfuz Omar.

 

"Itu terserah kepada beliau (jika mahu meninggalkan parti). Bagi saya, ini negara demokrasi, setiap orang ada hak untuk memihak parti yang mereka pilih," kata Naib Presiden PAS ini kepada pemberita pada sidang media hari ini.

 

"Tetapi sama ada beliau benar-benar berkata (mahu meninggal PAS), (saya) tidak tahu," kata beliau lagi.

 

Hasan Ali, yang juga Exco Kerajaan Negeri Selangor pada Isnin lalu secara terbuka mengumumkan kesediaan menerima jemputan daripada perdana menteri untuk membincangkan usaha menyatupadukan PAS dan Umno.

 

Katanya, beliau akan berbuat demikian dengan menggunakan Islam sebagai teras.

 

"PAS tidak pernah membantah (jika ada mana-mana ahli mahu meninggalkan parti). Ia satu demokrasi. Itu hak mereka," kata Mahfuz lagi.

 

 "Hasan Ali bersedia untuk memberi sokongan beliau kepada parti yang berjuang bagi hak orang Melayu. Tindakan beliau mahu memperjuangkan Islam adalah baik, PAS juga memperjuangkan Islam," katanya lagi.

 

Ditanya sama ada partinya akan merasakan satu kehilangan jika Hasan keluar, Mahfuz berkata, "PAS pernah melalui banyak kehilangan dalam kepimpinan (sebelum ini), tetapi PAS terus bergerak."

 

 "Kami tidak mengejar orang, kami mempelawa mereka," katanya lagi sambil menambah, "saya tidak meminta sesiapa meninggalkan parti."

 

"Kami meminta mereka bersatu dan membangunkan parti. Tetapi jika mereka mahu meninggalkan parti, saya tidak akan menahan mereka," katanya lagi.

 

RockyKCD – Mahfuz Omar adalah pemimpin PAS berkiblatkan DAP akan bergembira jika Hasan Ali keluar dari PAS. Tak mustahil Mahfuz buat kenduri atas kehilangan Hasan Ali yang selama ini menjadi duri dalam daging puak PAS-DAP.

4 comments:

  1. Itu lah guna nya education. Orang berpelajaran akan berfikir sebelum bercakap.
    Orang berpelajaran ada iman dan tak berkiblatkan kafir. Orang Kedah memang sayang dengan mahfuz sebab ..........lu fikir la sendiri.

    ReplyDelete
  2. mahfuz mmg anak DAP,lagipun beliau rasa beliau tu hebat sgt dlm PAS dan akan terus dijulang.Dr hassan mmg pejuang tulen islam dlm PAS tidak spt mahfuz hanya mahukan pangkat serta kuasa jer demi diri sendiri bukan utk agama bangsa,sepanjang dlm pas ape mahfuz buat utk bangsa dan agama selain tido sebantal ngan DAp dan anwar jer

    ReplyDelete
  3. mahfuz cakap guna kepala lutut..main tibai saja si mr bean nih bercakap..mulut longkang..ini ke gaya percakapan & pertuturan seorang wakil rakyat??
    kalau dilihat dari latar pendidikan mr bean yang setakat lulus srp nih tidaklah mengejutkan sangat bilamana dilihat setiap bait pertuturan beliau yang tungang-langgang& hentam keromo

    ReplyDelete
  4. mung nih mahfuz n Mustapha Ali.kecek xguno palo otok.mung jgn dok rasa hebat gak.mung ado kuasa sbb rakyat amanahkan mung n sbb aku undi mung.tp mung mudah lupo.sbb mung dok tergilo2 jawatan kt putrayajaya nuh,mung relo korbankan Islam,Rakyat Melayu n raja2.jgn harap aku nk undi mung lagi..go to hell...

    ReplyDelete