Minda Hijrah Headline Animator

Thursday, December 29, 2011

Kelab Chedet: Rasional disebalik AUKU



AUKU sebenarnya digubal ketika zaman Tun Husain Onn lagi, namun Tun Dr Mahathir sekali lagi telah memindanya bagi memastikan wang pelaburan kerajaan yang menanggung biasiswa para pelajar kita terutama pelajar Melayu tidak dipersia-siakan.

Semua majikan yang menyediakan biasiswa kepada mana-mana pelajar sudah tentu mahu pelajar mereka itu berjaya dengan cermerlang. Jika tidak, sudah tentu biasiswa itu akan ditarik balik. Begitu juga dengan kerajaan. Kerajaan mengeluarkan wang beratus juta ringgit semata-mata mahu melihat anak-anak Melayu kita mampu berjaya dalam pelajaran, sudah tentu kerajaan juga tidak mahu mereka mengabaikan pelajaran dengan membenarkan mereka menyertai demostrasi haram seperti mana yang pernah dilakukan oleh Anwar Ibrahim

Sebab itu kerajaan buat undang-undang menghadkan para pelajar kita daripada terlibat dengan politik kerana mahu mereka menumpukan kepada pelajaran mereka. Kerajaan mahu melihat lebih ramai anak-anak Melayu berjaya dalam pelajaran supaya kerajaan boleh memberi mereka tempat dan jawatan yang lebih tinggi sekurang-kurangnya dalam kerajaan.

Tapi malangnya, nama saja mereka itu pelajar universiti tetapi otak mereka masih letak dikaki, sebab itu senang sangat mereka terhasut dengan agenda pembangkang terutama DAP yang mahu melihat lebih ramai anak Melayu jadi bodoh dan pengangur.

Bila dah jadi pengangur besok maka senanglah mereka menyokong pembangkang kerana kerajaan dikatakan tidak menyediakan peluang pekerjaan kepada mereka. Yang pastinya anak-anak Cina juga yang akan berjaya besok, dan anak-anak Melayu pula akan terus menjadi kuli kepada mereka kerana gagal dalam pelajaran mereka.

Itu lah sebab kenapa DAP menyokong sangat agenda Anwar Ibrahim ini kerana mereka tahu yang Anwar Ibrahim sanggup membiarkan anak-anak Melayu jadi bodoh hanya untuk mendapat sokongan politik kepada mereka. Anwar mahu anak-anak Melayu terus makan taik orang Cina sebab tu dia suka melihat anak-anak Melayu jadi bodoh dan suka berdemostrasi macam dia dulu.


Penulis : Nordin, Exco Kelab Chedet
Sumber dan perbincangan lanjut di portal Kelab Chedet

2 comments:

  1. i'll always support UMNO
    n never been fooled by DAP, PAS or PKR
    keep ur gud work UMNO !

    ReplyDelete
  2. sedih betul tengok anak-anak melayu yang terjebak dalam politik.

    ReplyDelete