Hari ini pembangkang dilaporkan akan adakan demonstrasi membantah Rang Undang2 Perhimpunan Aman di Parlimen kononnya atas nama Walk4Freedom.
Sebelum ini pelbagai cerita karut disebarkan oleh mereka bagi menakutkan rakyat bahawa Kerajaan adalah zalim dan mahu menyekat kebebasan berhimpun. Lebih malang apabila apabila Pengerusi Bersih Datuk S. Ambiga hilang kewarasan dan cuba membohongi rakyat dgn membandingkan Malaysia dgn Burma. Mungkin kita patut cadangkan Ambiga utk anjurkan demo di Burma dan lihat sendiri bagaimana junta tentera akan bertindak!
Penjelasan Kerajaan terang dan jelas tentang RUU Perhimpunan Aman ini, tiada lagi permit dan pihak penganjur hanya maklumkan kpd polis dlm tempoh 24 jam jika tempat perhimpunan adalah tidak mengganggu orang lain.
Tempat perhimpunan yang libatkan rakyat lain perlukan lebih masa utk pihak polis mendengar bantahan, jika ada. Ambil contoh apabila pembangkang anjurkan Bersih 2.0 atas jalanraya menyebabkan rakyat di Kuala Lumpur dan kawasan sekitar diganggu urusan kerja, perniagaan, aktiviti membeli-belah bersama keluarga dan sebagainya. Bagaimana pula HAK rakyat KL diganggu oleh kepentingan politik pembangkang demi nafsu kuasa?
Dan yang paling baru apabila kerajaan bersikap terbuka dan mendengar pandangan rakyat dgn bersedia membuat beberapa pindaan dalam RUU Perhimpunana Aman. Itu pun pembangkang terus menghasut dan menyebarkan pandangan palsu melalui portal berita dan media sosial.
Keamanan adalah satu kenikmatan yang cukup mahal utk kita korbankan. Rakyat juga semakin bijak menilai bahawa kerajaan melakukan sesuatu perkara adalah utk kepentingan rakyat melangkaui kepentingan politik.
Dan sebenarnya majoriti rakyat lebih menghargai keamanan dari politik sempit pembangkang :)
No comments:
Post a Comment