Minda Hijrah Headline Animator

Wednesday, November 9, 2011

Penjawat Awam bakal dipecat - CUEPACS bidas Tony PUAKA

Undi anda kepada PKR dan PAS bermakna lebih cepat proses pengurangan kakitangan awam kepada separuh dan penguasaan puak chauvinis DAP dalam pentadbiran kerajaan pusat.

Ingat pesanan ini !!!

Kongres Kesatuan Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) menyifatkan kenyataan pembangkang untuk mengurangkan bilangan penjawat awam jika berjaya mengambil alih kerajaan pusat sebagai idea yang jumud.

Sambil menentang cadangan itu habis-habisan Presidennya, Datuk Omar Osman berkata, penjawat awam tidak harus dijadikan mangsa kepentin
gan politik pihak yang ketandusan idea.

"Tak pernah perkara begini dijadikan isu politik. Jadi kita rasa terguris dan kecewa, di mana mereka sepatutnya lebih menghargai kita. Tak sepatutnya pemimpin yang nak meneraju negara menyekat peluang rakyat untuk sama-sama menyumbang untuk kemajuan negara.

"Kalau nak meneraju negara, tetapi tak nak menghadapi beban, tak nak menghadapi risiko jangan jadi pemimpin,” katanya kepada pemberita selepas majlis penjelasan isu semasa penjawat awam di Universiti Putra Malaysia, dekat sini hari ini.

Beliau mengulas kenyataan pemimpin DAP, Tony Pua yang dilapor sebuah akhbar berbahasa Cina sebagai berkata, pakatan pembangkang akan mengurangkan bilangan penjawat awam dan menamatkan perkhidmatan mereka yang tidak efisien seperti yang dilakukan kerajaan China bagi mengurangkan bajet kerajaan.

1 comment:

  1. Lagi-lagi malaun ni ambik negara China sebagai contoh. Alih-alih ambik Singapore, Taiwan, Hong Kong, Macau untuk bandingkan dengan Malaysia. Ni dia manusia chauvinist komunis harbi sosialis yang dengki 90% penjawat awam didominasi oleh Melayu.
    Dia dengki sebab penjawat awam dapat gaji baru, elaun tinggi, bil hospital free, senang dapat loan, dapat kuaters cantik, cuti senang, kerja 8 jam sehari, Sabtu Ahad cuti dan banyak lagi kemudahan.
    Mau jadi penjawat awam tapi bahasa Melayu lintang pukang, buta sejarah, buta perlembagaan, buta dasar...bodoh lu!

    ReplyDelete