Perjuangan kita jikapun kecil tetapi bergerak dalam jemaah dgn semangat berpasukan akan memusatkan KEKUATAN.
Musuh Islam dan Negara tidak pernah lena dan leka merancang untuk menghancurkan kita. Jangan biarkan kepentingan diri memusnahkan parti.
Himpunan ucapan Timbalan Presiden ketika Perasmian Perhimpunan sayap Wanita, Pemuda dan Puteri untuk renungan kita semua.
JAUHI PERANGAI PEROSAK
"Jangan sabotaj, jangan boikot, jangan cah keting, jangan peteh sama sendiri, jangan 'mandikan' calon-calon, jangan tutup bilik gerakan, jangan main belakang, jangan lari ke luar negeri, jangan tikam kawan, jangan lakukan apa sahaja yang boleh menjejaskan peluang parti untuk menang dalam pilihanraya umum akan datang."
TINGKATKAN SEMANGAT PERJUANGAN
"Tumpahkan taat setia yang tidak berbelah bahagi kepada parti dan pemimpin. Pertahankan parti dengan seluruh jiwa dan raga. Jangan lari dari medan perjuangan. Jangan mengaku kalah sebelum berjuang. Jangan kita mencalit arang ke muka parti."
PERJUANGAN BERSAMA UMNO ADALAH JIHAD
"Yakinlah, perjuangan ini adalah jihad untuk agama, bangsa dan negara. Jihad untuk keadilan. Jihad untuk pertahan hak. Percayalah, pilihanraya umum nanti mempunyai makna yang cukup dalam kepada kelangsungan kita.
TUNTUTAN TAAT SETIA DEMI ORANG MELAYU
"Akurlah dengan keputusan pucuk pimpinan. Berilah sokongan padu kepada setiap calon. Gerakkan jentera untuk membantu mereka,"
"Ingat, pilihanraya nanti adalah pertandingan hidup atau mati. Ingat, pilihanraya nanti bukan untuk kemenangan diri tetapi adalah untuk kemenangan parti," katanya.
JANGAN PERJUDIKAN NASIB AGAMA, BANGSA dan NEGARA
"Sanggupkah saudara-saudari melihat kuasa politik terlepas dari genggaman kita? Sanggupkah kita membenarkan pembangkang menawan Putrajaya? Sanggupkah kita melihat orang Melayu hilang kuasa di bumi sendiri? Jawapannya tentu sekali tidak.
No comments:
Post a Comment