Pernah saya ceritakan kepada rakan2 bahawa sebenarnya saya berjuang atas platform PKR sejak zaman reformasi 1998 ketika saya di tahun 2 UKM sehinggha 2008. Dan mereka bagaikan TIDAK PERCAYA.
Saya terlibat secara langsung penubuhan cawangan ke 3 PKN yang diluluskan PKN di n9 pada 2002 dengan menjadi S/U cawangan, AJK Bahagian Seremban dan Exco Pemuda Negeri. Semuanya berlaku dalam penglibatan awal dalam politik bersama Keadilan. Malah ada rakan dlm PKR berseloroh berkata bahawa saya patut jadi YB DUN Paroi yg dimenangi YB Taufik dari PAS jika saya masih aktif. Masakan tidak kerana saya begitu aktif dalam sejak 2002 ketika Keadilan dalam keadaan susah dan pengorbanan masa serta wang ringgit yg saya lakukan demi perjuangan menentang UMNO dan BN.
Persoalannya kenapa saya berubah fikiran menolak prinsip perjuangan yang saya percaya selama 10 tahun dgn menyokong UMNO? Bagaimana mungkin saya boleh berubah dr menjadi penyokong kuat DS Anwar Ibrahim dan KINI menjadi penyokong setia TUN MAHATHIR ?
Semuanya kerana Allah gerakkan hati saya utk hadir dalam sessi Teh Tarik Kelab Chedet dalam bulan April 2009. 4 bulan selepas itu saya dilantik sebagai EXCO Penerangan Kelab Chedet oleh Tuan Presiden Kelab Chedet, jawatan yg saya sandang hingga kini. Ironi saya juga menjadi Pengerusi sessi TT Kelab Chedet.
Saya tidak berubah. Saya sebenarnya berHIJRAH setelah KEBENARAN disampaikan kepada saya. Cerita tentang Tun Mahathir yang maki hamun selama ini ternyata PALSU! Saya tidak toleh ke belakang lagi dan terus mara bersama Kelab Chedet demi menebus kesilapan lampau saya.
Sejak itu juga saya faham kenapa Allah perintahkan HIJRAH seperti yg disebut dalam AL-Quran. Saya percaya ganjaran HIJRAH ini bukan ganjaran dunia tetapi bekalan saya apabila menemui Maha Pencipta di padang Masyat kelak.
Terima kasih Presiden Kelab Chedet, Bentayan dan SU kelab Chedet, Kuda Hitam serta EXCO dan rakan Kelab Chedet yg menyokong saya selama ini. Terima kasih juga kpd saudara Razman Hakimi Abdullah yang banyak membantu saya. Dan tidak lupa kpd semua yang mengenali saya terutamanya rakan2 media sosial dan jentera UMNO dan BN.
Selamat menyambut Maal Hijrah kepada semua.
Inilah kisah HIJRAH saya. :)
Salam bro...itulah nikmat penghijrahan yg didahulu dengan niat yg baik dan mengambil keputusan atas kepercayaan akan segala-galanya Allah SWT yg menentukan...bukan sesiapa...Insyallah niat yg ikhlas Akan menemukan kita kpd kebemaran dan kejayaan...
ReplyDeletealhamdulillah..
ReplyDeletehehehe terima kasih :) salam Maal Hijrah kepada semua :)
ReplyDeleteSaya dr dulu lg percaya tun mahadhir betul. Nth naluri kot.alhamdulillah. ALLAH bukak 1per1kebaikan TUN M.
ReplyDelete