Minda Hijrah Headline Animator

Monday, November 21, 2011

Kelab Chedet : Pandangan Tun Mahathir adalah cabaran untuk UMNO

By Nordin, Exco Kelab Chedet.
Sumber & perbincangan di portal Kelab Chedet
 
Ada lebih baik bagi UMNO melihat kenyataan Tun Dr Mahathir ini sebagai satu cabaran untuk lebih berusaha supaya dapat memastikan penyokong teras UMNO iaitu orang Melayu akan terus kekal bersama UMNO. Dalam masa yang UMNO perlu desak dan bantu komponen-komponen BN yang lain untuk turut berusaha menarik kaum masing-masing untuk kembali menyokong BN.

Adalah tidak adik jika mereka hanya pandai menyalahkan UMNO semata-mata kerana UMNO lebih berjaya menarik sokongan orang Melayu terhadap BN berbanding dengan mereka. Apa lagi dalam keadaan sekarang pengundi bukan Melayu khususnya kaum Cina seolah-olah berdendam dengan UMNO seterusnya mahu menghukum UMNO dengan menolak BN. Jadi BN tidak ada pilihan lain melainkan mengukuhkan lagi sokongan orang Melayu terhadap BN

Jika UMNO tidak memastikan orang Melayu bersatu di belakang BN sudah pasti kekuatan BN tidak boleh disandarkan kepada pengundi Cina terutama untuk mengembalikan kekuatan UMNO.

MCA sering menegur UMNO kerana dikatakan berlagak seperti "abang" dalam BN tetapi MCA sendiri begitu "manja dan malas" berkerja untuk mengukuhkan BN kerana mereka mempunyai "abang" yang kuat berkerja untuk mereka yang malas ini.

Oleh itu nasihat Tun ini sangatlah releven supaya UMNO mengukuhkan lagi BN melalui sokongan Melayu ini.


Utusan wrote:
Pandangan Dr. M cabaran UMNO

KUALA LUMPUR 20 Nov. – Pandangan bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad mengenai peranan UMNO yang dilihat masih tidak mencukupi dalam membantu orang Melayu disifatkan sebagai satu cabaran kepada kaum itu.

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, pemikiran Dr. Mahathir itu dilontarkan bagi melihat sama ada orang Melayu sendiri mampu untuk menyahut apa yang dibangkitkan bekas Perdana Menteri itu mengenai orang Melayu dan peranan UMNO.

"Bagi saya apa yang dikatakan oleh Dr. Mahathir berhubung budaya cantas-mencantas dan peranan UMNO tidak cukup untuk membantu orang Melayu, bagi saya ia bukan satu perkara unik yang berlaku kepada UMNO sahaja.

"Malah saya tidak nafikan bahawa apa yang berlaku itu boleh membelenggu proses dalam kita merombak atau melakukan transformasi kepada parti, lebih-lebih lagi menentukan kelangsungan parti pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) nanti.

"Dan mengenali Tun (Dr. Mahathir), menjelang persidangan (Perhimpunan Agung UMNO), selalunya cabaran dan pemikiran sebegini dilontarkan untuk melihat sama ada kita mampu atau tidak menyahut cabaran beliau itu,"
katanya ketika ditemui pemberita selepas menghadiri Amanat Presiden Kepada Pemuda dan Puteri UMNO 2011 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini hari ini.




Malaysian Insider wrote:
Dr M: 'Saya tahu pandangan saya masih relevan'


Dr Mahathir mendakwa pihak-pihak yang mengkritis beliau turut menikmati manfaat DEB. — Foto fail

KUALA LUMPUR, 20 Nov — Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad yang terus popular dengan kritikan mengenai pelbagai isu semasa termasuk dasar-dasar kerajaan sejak bersara pada 2003 menegaskan bahawa pandangan beliau masih relevan walaupun ramai menganggapnya sebagai konservatif dan sudah tua.

"Dalam blog saya ada orang Melayu yang mengatakan bahawa saya ini sudah lama (tua) dan tidak relevan.

"Tapi saya tahu bahawa pandangan saya masih relevan kerana yang berkata itu jika tidak dengan pertolongan, dia tidak akan ada di situ," kata beliau dengan menekankan pihak-pihak yang mengkritiknya sebenarnya mendapat manfaat daripada Dasar Ekonomi Baru (DEB) yang diperkenalkan pada 1970.

"Dia ada di situ kerana dia ditolong melalui DEB," katanya lagi menjawab soalan dalam Mingguan Malaysia hari ini bahawa pendapat dan pandangannya dilihat sudah tidak lagi relevan dan terlalu konservatif.

Dalam ulasannya itu Dr Mahathir yang mempunyai blog chedet.cc berkata, "kita tidak ambil semua harta orang Cina."

Bekas perdana menteri ini juga dilabel sebagai rasis ekoran kenyataan-kenyataan beliau sebelum ini.

"Melalui dasar ini, kita bagi separuh kepada orang Melayu dan orang Cina kita bagi juga.

"Tapi orang Melayu tidak berani kata sekarang yang dulu kita bagi juga pada orang Cina,"
kata Dr Mahathir.

Sejak melepaskan jawatannya lapan tahun lalu, Dr Mahathir pernah mengecam teruk penggantinya Tun Abdullah Ahmad Badawi.

Malah sejak kebelakangan ini beliau juga dari semasa ke semasa menyuarakan pandangan lantangnya berkenaan dasar-dasar pengganti Abdullah, Datuk Seri Najib Razak.

Baru-baru ini beliau mengesyorkan agar pentadbiran Najib mengadakan referendum berkenaan dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik Dalam Bahasa Inggeris (PPSMI), yang dimansuhkan.

Dasar itu diperkenalkan oleh Dr Mahathir beberapa bulan sebelum bersara.

Dalam temu bual ini, Dr Mahathir juga berkata Umno sudah rosak dengan teruk apabila Abdullah mengambil alih kepimpinan.

"Ini kerana beliau mengutamakan keluarganya dan macam-macam lagi pertuduhan rasuah dan pelbagai lagi.

"Lepas itu orang tahu tentang penglibatan menantunya," katanya sambil menambah, "sekarang ini Umno yang rosak ini diwarisi oleh Datuk Seri Najib untuk beliau perbaiki."

"Umno memerlukan banyak masa supaya ia boleh diperkuatkan. Tapi beliau pun sibuk dan tidak mempunyai masa yang cukup.

"Pemimpin-pemimpin Umno yang lain pula belum ada kredibiliti dan masih baru,"
katanya lagi.



1 comment:

  1. Apa pun yang terjadi saya & keluarga akan tetap bersama & mengundi UMNO..demi nasib ibu, bapa, suami/isteri, anak2 & cucu, bangsa & agama. HIDUP UMNO! HIDUP MELAYU! AGAMA TERJAMIN.

    ReplyDelete