Umum mengetahui bahawa PKR adalah sebuah parti politik yang sinonim dengan HURU HARA. Dari pemilihan parti yang penuh dengan adegan ganas sehingga lah kepada 'cah keting' yang melanda kepimpinan dalaman PKR.
Isu untuk menjatuhkan MB PKR Selangor sebenarnya bukan isu baru. Ianya dibongkarkan beberapa bulan selepas TS Khalid Ibrahim menjadi MB kerana wujud rasa tidak puas hati dikalangan golongan reformis dan pimpinan PKR. Perkara ini pernah didedahkan melalui satu perbualan telefon yang mana Timbalan Presiden PKR iaitu Azmin Ali dikatakan dalang disebalik gerakan menjatuhkan TS Khalid Ibrahim.
Persoalannya apakah punca nya ? Menurut sumber dalaman PKR yang boleh dipercayai, ianya berpunca dari pengagihan kontrak2 kerajaan negeri Selangor yang dikatakan tidak adil. Jawatan2 politik dalam kerajaan hanya diberikan kepada kroni TS Khalid Ibrahim. Begitu juga kontrak2 dan tender2 kerajaan negeri dikaut oleh kroni2 beliau sahaja. Ramai kalangan ahli PKR yang banyak berkorban utk parti hanya nganga mulut dan putih mata.
Tuntutan demi tuntuan telah dibuat tetapi hanya dibakul sampahkan oleh kepimpinan TS Khalid Ibrahim. Bahkan ada satu ketika Dr Badrul Amin juga pernah melahirkan kekecewaan tetapi menjadi SYAITAN BISU apabila disumbatkan dengan jawatan Pengarah Penerangan yang bergaji tetap.
Ini bukan rahsia umum atau bahan fitnah. Masakan tidak portal Malaysiakini boleh memetik berita ini menjadi bahan berita mereka. Tekanan kepada Presiden PKR, Wan Azizah juga adalah benar sedangkan Anwar Ibrahim yang sepatutnya menjadi Presiden bersenang lenang dan mendiamkan diri.
Ini lah perkara sebenar berlaku dalam pentadbiran kerajaan negeri Selangor sepanjang tempoh ini dan rakyat Selangor ditipu hidup2 oleh gerak saraf mereka.
Dan kembali kepada persoalan asal - Anda boleh cari jawapan diatas :)
si nuar suka buat keje mcm gini bro rocky..depan blakang tibai pastu bikin bododdd jer he he
ReplyDelete