Minda Hijrah Headline Animator

Saturday, October 22, 2011

Kenyataan Dr. Hasan Ali tentang Perhimpunan Sejuta Ummat



Selepas Exco Kerjaaan Negeri Selangor ini menyatakan hasrat untuk hadir dalam HIMPUN, gerombolan bloggers PAS menghentam beliau sedangkan kenyataan beliau jelas, hadir sebagai individu dan tiada halangan dari Presiden PAS dan MB Selangor.

Cuma yang busuk hati tentulah Khalid Samad yang melarang ahli PAS Selangor hadir yang kita ketahui jual kalimah Allah dan pro Gereja.

Alhamdullilah dan TAHNIAH atas keberanian Dr. Hasan Ali


Kenyataan yang dipetik sumber akhbar



"Saya akan hadir, melangkah keluar dari rumah atas nama Aqidah, saya akan berada di situ selama tiga jam atas nama Aqidah serta kepulangan saya ke rumah juga atas nama Aqidah, tidak tidur malam kalau saya tidak pergi kerana ia adalah isu Aqidah, kalau bola, Selangor lawan Kelantan tiada keperluan untuk saya hadir."

"Kita harus bersyukur kerana masih ada dari kalangan kita yang tampil untuk membela, berjuang dan individu ini telah membuka langkah, takkanlah Hassan Ali yang berumur 64 sebagai seorang muslim tidak tergerak untuk hadir."

"Saya tidak terlibat dalam penganjuran HIMPUN, saya dalam apa cara dan keadaaan sekali pun tidak pernah terlibat secara langsung bagi menghubungkan penganjur ini dengan mana-mana pihak."


"Ini adalah perhimpunan yang aman, berbudaya dan sopan, yang penting penganjuran ini bukalah untuk menimbulkan ketegangan dan emosi yang tidak terkawal antara penganut Islam dan bukan Islam."



1 comment: