2. Baru-baru ini, sebuah pertubuhan NGO yang bernama Parents Action Group for Education Malaysia (PAGE) membuat permohonan agar Kementerian Pelajaran mempertimbangkan untuk memberi pilihan kepada sekolah-sekolah untuk melaksanakan PPSMI. Kumpulan ini mendedahkan bahawa majority besar ibu-bapa menyokong PPSMI berdasarkan tinjauan(survey/poll) yang dibuat keatas 7 buah sekolah disekitar Selangor dan
3. Malangnya, diantara pihak-pihak yang
4. Apa yang menjadi lebih menghairankan adalah, Dr. Ridhuan Tee seolah-olah gagal melihat isu PPSMI secara meluas dan beliau gagal berfikiran terbuka dan melihat semua fakta-fakta yang terlibat.
5. Melihat kepada tulisan dalam blog beliau, beliau gagal memahami perkara asas iaitu beliau tidak faham apakah sebenarnya objektif PPSMI. Malah, inilah sebenarnya masalah utama mereka yang menentang PPSMI seperti pejuang bahasa kerana mereka gagal memahami objektif PPSMI. Masalah tidak memahami objektif ini juga berlaku dikalangan menteri-menteri kabinet sehinggakan kenyataan yang dibuat oleh mereka tidak berketepatan dengan prinsip asas PPSMI.
6. Objektif paling utama PPSMI adalah untuk pelajar-pelajar dapat menguasai matapelajaran sains dan matematik sebagai persediaan untuk pengajian di peringkat tinggi seperti di universiti. Konsep paling asasnya adalah, apabila pelajar-pelajar ini diajar matapelajaran sains dan matematik dalam bahasa inggeris di peringkat sekolah dan kemudian apabila mereka melanjutkan pelajaran di peringkat pengajian tinggi mereka tidak bermasalah untuk memahami jurnal-jurnal dan bahan-bahan rujukan terutama dalam bidang kejuruteraan. Ini adalah kerana, hampir 100% bahan-bahan rujukan ditulis dalam bahasa inggeris dan matapelajaran sains dan matematik adalah matapelajaran asas dalam subjek kejuruteraan.
7. Oleh itu, pelajar-pelajar ini tidak memerlukan proses penterjemahan dalam minda mereka apabila mereka membaca bahan-bahan rujukan dan jurnal-jurnal ini seterusnya meningkatkat pemahaman dan penguasaan dalam kejuruteraan. Pembelajaran akan menjadi lebih berkesan. InsyaAllah, ini boleh melahirkan generasi pencipta dan pengasas teori fundamental dan bukannya generasi pengguna sepanjang zaman seperti yang berlaku sekarang di mana-mana dunia negara islam.
8. Penguasaan bahasa Inggeris bukanlah melalui PPSMI. Ianya boleh dilakukan melalui mata pelajaran bahasa Inggeris itu sendiri. Sebab itulah, dasar Memperkasa Bahasa Malaysia Meningkat Bahasa Inggeris (MBMMBI) tidak boleh menjadi jawapan kepada PPSMI kerana kedua-duanya adalah perkara yang berbeza dan mempunyai tujuan yang berbeza. Kedua-duanya boleh bergerak seiringan dan ianya tidak menyalahi antara satu dengan yang lain.
9. Dr. Ridhuan Tee Abdullah dan pihak-pihak yang menentang PPSMI sebenarnya tidak memahami konsep dasar PPSMI ini dan mereka tersalah anggap bahawa PPSMI ini adalah untuk penguasaan Bahasa Inggeris. Disinilah kesilapan besar mereka.
10. Sekali lagi ditekankan, PPSMI bukan untuk meningkatkan penguasaan Bahasa Inggeris. Ianya adalah untuk penguasaan sains dan matematik sebagai persediaan untuk pengajian di peringkat kejuruteraan kelak. Pelbagai persoalan lain yang ditimbulkan oleh meraka juga telah dijawab oleh banyak pihak.
12. Dr. Ridhuan Tee mempersoalkan mengenai tinjauan yang dibuat oleh PAGE. Untuk pengetahuan Dr. Ridhuan, telah banyak poll dan survey dibuat untuk melihat penerimaan terhadap PPSMI dan boleh dikatakan kesemua tinjauan yang dibuat menunjukkan semua pihak yang terlibat bersetuju dengan PPSMI. Ibubapa, guru dan pelajar bersetuju dengan PPSMI. Cubalah Dr. tanyakan kepada pelajar-pelajar yang menduduki ujian SPM, apakah bahasa yang mereka pilih untuk menjawab soalan sains dan matematik. Mereka memilih untuk menjawab dalam bahasa Inggeris walaupun boleh menjawab dalam bahasa
13. Kepada Dr. Ridhuan Tee, diharapkan agar Dr. dapat meletakkan rational dihadapan dari emosional dalam memberi sebarang pandangan. Ingatlah, adakalanya kita melakukan kesilapan dan adakalanya kita tersalah dalam memahami sesuatu perkara. Oleh itu, amalkan kesederhanaan dan elakan dari membuat serangan peribadi. Semoga apa yang ditulis tidak menimbulkan persepsi yang salah terhadap seseorang atau organisasi. Semoga kita beroleh manfaat.
Perbincangan lanjut di portal Kelab Chedet.
Secara jelasnya saya ingin menyatakan penulis adalah seperti berikut;
ReplyDelete1. tidak faham bahasa krn menteri pelajaran tlh menyatakan memartabatkan bm,memperkasakan bi
2. tidak mempunyai jati diri sbg org melayu dan
sbg warganegara malaysia
3. mahu melanggar dasar bahasa kebangsaan
4. tidak faham/tidak tahu kecelaruan dan masalah yg timbul dlm sistem pendidikan/sekolah apabila ppsmi di wujudkan
5. byk lagi kalu nak di tulis di sini berjela-jela
saya ingin menasihatkan penulis supaya berfikir dgn rasional dan buatlah kaji selidik kpd gol yg berkenaan iaitu guru sendiri supaya kelak tidak merugikan bangsa dan negara kita.
sebab itu kita kene faham bahawa PPSMI bukan utk penguasaan BI tetapi penguasaan ilmu sains dan matematik.
ReplyDeleteSebab itu juga IPT gunakan BI sebagai medium pembelajaran utk ilmu sains dan matematik termasuk undang-undang.
if menteri2 kita masih tak reti2 penting ppsmi, datangla keje kat England atau America 3tahun, baru tahu tekial-kial tak paham.
ReplyDeletehttp://www.mobtv.my/talkshow-544.html
ReplyDeletePPSMI ISSUE