Minda Hijrah Headline Animator

Friday, October 14, 2011

Angkuhnya Bob Lokman – Lebih baik duduk dlm Hutan

Lihat sendiri betapa angkuhnya kata-kata Bob Lokman. Adakah ini spesis manusia yang wajar diberi peluang untuk menyampaikan ceramah atau kuliah agama kepada umat Islam ?

 

Apa kata Bob Lokman "Buat apa saya hendak hadir, tidak ada kepentingan untuk Islam,"

 

Tiada sifat tawaduk, rendah diri - jikapun Bob Lokman merasakan diri tak bersalah. Sikap Bob Lokman akan makan diri sendiri satu hari nanti. Bahkan sekarang pun kita boleh nilai tahap pemikiran beliau. Pemimpin2 PAS bahkan Dr Maza sendiri pun sedia menghadapi pihak berkuasa di Mahkamah tetapi Bob Lokman tetap ANGKUH & SOMBONG. Adakah ini kesan tarbiah PAS terhadap Bob Lokman ?

 

Jika itu yang Bob Lokman ungkapkan, lebih baik duduk dalam hutan yang tidak ada undang-undang !

 

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------- 

Pelakon, pengacara dan penulis lirik terkenal Bob Lokman berkeras tidak akan hadir memberikan keterangan pada Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) yang menahannya kerana menyampaikan ceramah agama tanpa tauliah.

 

"Buat apa saya hendak hadir, tidak ada kepentingan untuk Islam," katanya yang ini bergiat aktif bersama parti Islam PAS.

 

Penulis lirik berhantu "Isabella" itu berkata, ekoran pendiriannya itu, beliau sanggup menghadapi sebarang tindakan, termasuk kemungkinan menghadapi waran tangkap daripada mahkamah.

 

"Nak tangkap, tangkaplah. Saya tidak akan hadir. Sifat (JAIS) begini bukan hendak jaga keharmonian agama," katanya sambil memberitahu hanya berserah pada Allah.

4 comments:

  1. bahana didikan pas bila semua persan dah jadi ulamak

    ReplyDelete
  2. ye la bob..nko mana ada nak ikut undang dunia sbb nko hanya akan terima wahyu je baru nko berbuat sesuatu he he yg hairan bin ajaib tu bila undang2 PAS PIS PUS nko ikut plak..jgn nanti nko kata undang2 PAS PIS PUS perkataan ALLAH dah le..apa lg JAIS tangkap jer Bob tu lokap ke denda ke buat la apa yg sepatutnya..

    ReplyDelete
  3. aku kesian dengan orang-orang macam ni. Diperkotak katikkan oleh individu tertentu sehingga pemikiran mereka menjadi begini, penuh dengan kebencian, syak wasangka dan membuat pertimbangan yang tak betul..kalaulah si Bob Lokman baca kisah hidup nabi sendiri, tanpa begitu bergantung kepada seseorang individu, aku yakin Bob Lokman tidak akan menjadi sebegini... Rasulullah adalah contoh paling Agung dan kita perlu mengikut contoh Nabi Muhammad.. Sedih aku tengok pengikut2 PAS yang melampau ni. Aku rasa kalau Nabi Muhammad tengok mereka ni pun mesti baginda sedih..

    ReplyDelete
  4. 'Pelakon, pengacara dan penulis lirik terkenal Bob Lokman berkeras tidak akan hadir memberikan keterangan pada Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) yang menahannya kerana menyampaikan ceramah agama tanpa tauliah.'
    DEMOKRASI,DEMOKRASI,DEMOKRASI,DEMOKRASI,DEMOKRASI!!!!

    ReplyDelete