Minda Hijrah Headline Animator

Tuesday, September 20, 2011

Tun Mahathir, Kelab Chedet, Utusan Malaysia & ISA

Terima kasih kepada semua yang hadir semalam. Kenyatan penuh dari Pengarah/Timbalan Program di www.kelabchedet.com
 
Maklum balas yang sangat positif kami terima kerana rakan-rakan dapat mendengar ucapan, berbual dan bergambar dengan Tun Mahathir walaupun Tun Siti Hasmah tidak dapat hadir kerana berada di hopital sejak 2 hari lalu. Mari bersama kita berdoa semoga Tun Siti cepat sembuh.
 
Jangan lupa beli Utusan Malaysia Hari ini - BERITA muka surat 6 dan GAMBAR muka surat 26. :)
 
Terima kasih sekali lagi - LUV U ALL !
 
Mohamad Ikhmal @ RockY-MY Mohamad
Exco Kelab Chedet.com
 
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
 
Antara kenyataan Tun Mahathir pada Majlis Ramah Mesra Aidil Fitri  Kelab Chedet berkaitan isu ISA yang dipetik Utusan Malaysia.
 
 
Barat patut contohi Malaysia

Oleh ABD. HALIM HADI TALIB
halim.hadi@utusan.com.my

KUALA LUMPUR 19 Sept. - Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad (gambar) berpendapat Amerika Syarikat (AS) dan Britain patut mencontohi Malaysia memansuhkan undang-undang tahanan tanpa bicara seperti Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) yang masih menjadi amalan di negara terbabit.

Beliau berkata, dunia Barat yang dahulu mengkritik hebat penggunaan ISA di negara ini harus mengakui keterbukaan undang-undang dan mengikut jejak langkah Malaysia.

"Pemansuhan ISA membuktikan negara kita kini berada pada kedudukan yang tinggi dari segi moral.

"Bahkan kita juga lebih terbuka berbanding Barat dengan memansuhkan undang-undang tersebut," katanya pada majlis Ramah Mesra Aidilfitri anjuran Kelab CheDet.Com, di sini hari ini.

Sehubungan itu, Mahathir juga mahu kedua-dua negara menghentikan undang-undang penyeksaan serta membebaskan semua tahanan di Kem Guantanamo dan Abu Ghraib.

Katanya, sebagai negara yang mewarisi undang-undang tinggalan penjajah itu, rakyat negara ini berhak mendesak AS dan Britain supaya memansuhkan undang-undang penahanan tersebut.

"Dulu mereka menuduh kita zalim apabila melaksanakan ISA tetapi sudah terbukti apa yang dilakukan mereka di kem tahanan Kem Guantanamo dan Abu Ghraib jauh lebih kejam," katanya.

Beliau yang menyokong penuh pemansuhan ISA oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak baru-baru ini itu bagaimanapun mengingatkan kerajaan supaya lebih berwaspada terhadap desakan dan tindakan golongan ekstrem perkauman di negara ini.

"Saya khuatir mereka akan menggunakan kebebasan ini untuk mengambil kesempatan dan niat jahat," katanya.


http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0920&pub=Utusan_Malaysia&sec=Muka_Hadapan&pg=mh_03.htm

No comments:

Post a Comment