Minda Hijrah Headline Animator

Monday, September 12, 2011

Rahsia Pertahanan Negara dipolitikkan YB PKR



Dua ahli Parlimen PKR mempersoalkan perbelanjaan kerajaan dalam mengukuhkan sistem pertahanan negara melalui Kementerian Pertahanan adalah tidak munasabah. Lebih malang, kenyataan yang dikeluarkan bersandarkan dari sumber yang tidak sah dan diragui kebenarannya.

Saya diberitahu bahawa YB Nurul Izzah dan YB Tian Chua membuat kenyataan bersandarkan maklumat dari Pegawai Waran tentera yang diragui dari segi 'access' dan 'details' program Network Centric Operations (NCO) Angkatan Tentera Malaysia (ATM) bernilai RM2 billion. Diakui mereka bahawa tender diberikan kepada sebuah syarikat terkenal. Apa salah nya ? Takkan nak diberikan tender sebesar ini kepada syarikat RM2 ? dan projek NCO ini adalah satu projek keselamatan negara utk jangka masa panjang.

Nurul Izzah dan Tian Chua harus membezakan antara tender-tender projek pembangunan fizikal dgn tender pembangunan ketenteraan yang melibatkan keselamatan negara. Saya setuju jika ketelusan perbelanjaan dibangkitkan, tetapi tidak perlu memaksa kerajaan memberi maklumat 'details' tentang hal keselamatan negara. Adakah ini kerja agen negara asing yang setiap saat sentiasa mahu melihat kepada kekuatan ketenteraan Malaysia ?

Sebagai wakil rakyat yang sah dipilih, mereka berdua berhak mendapatkan jawapan berkaitan isu-isu perbelanjaan negara. Tetapi ada hadnya. Saya mencadangkan supaya mereka sendiri membuat kunjungan utk berjumpa Menteri Pertahanan utk mendapatkan gambaran jelas tanpa perlu melalui media. Rahsia kerajaan adalah rahsia kita bersama yang sayangkan negara. 

Mungkin juga mereka boleh bertanyakan persoalan ini dalam sessi parlimen akan datang dan saya percaya Menteri Pertahanan sedia bertanggungjawab memberikan penjelasan.

Mempersoalkan perbelanjaan kerajaan yang dalam usaha meningkatkan sistem pertahanan negara secara terbuka melalui media adalah perbuatan yang tidak bertanggungjawab, melainkan mereka mahu negara asing mengetahui rahsia negara.

No comments:

Post a Comment