Berdasarkan kepada sumber berita, seramai 2.2 juta warga asing yang sudah berdaftar dgn rekod biometrik setakat hari ini.
Sudah lama dan dah ramai meluahkan pandangan supaya kerajaan lebih serius menangani masalah warga asing dan PATI. Jumlah mereka terlalu ramai dan semakin meningkat.
Mereka antara penyumbang masalah sosial dan jenayah. Menutup peluang pekerjaaan dan perniagaan kecil-kecilan rakyat Malaysia. Membawa keluar wang negara dan perkara-perkara ini menjejaskan ekonomi negara.
Ramai percaya kerajaan sedar masalah ini semakin serius sebabnya sering mendapat liputan media arus perdana tetapi tindakan yang diambil cukup mengecewakan.
Kerajaan wajib dan lebih serius mengambil tindakan. Pekerja Asing dan PATI kini penyumbang masalah sosial dan ekonomi negara
No comments:
Post a Comment