Minda Hijrah Headline Animator

Friday, August 12, 2011

Khalid Samad 'Pembela Gereja' tibai JAIS tanpa dengar penjelasan ?

Timbalan Perusuhjaya PAS Selangor yang juga Ahli Parlimen Shah Alam yang cukup terkenal bermati-matian mempertahankan penggunaan kalimah Allah oleh orang Kristian kini muncul lagi untuk menyerlahkan kejahilannya mempertahankan pihak gereja yang didakwa beroperasi secara haram yang dikunjungi JAIS sebelum mendengar penjelasan dari JAIS terlebih dahulu.
 
Khalid Samad membuat kenyataan nya yang dipetik dalam Malaysiakini "menyifatkan bahawa tindakan itu sebagai "hasil didikan BN" yang "hendak tunjuk kuasa dan ramai"  sebab mempunyai kuasa. Ini lah perangai tidak baik pemimpin PAS yang sanggup memfitnah dan menyerang pihak berkuasa Islam seperti JAIS demi undi dan kuasa politik. Hanya mendengar kenyataan satu pihak yang berkepentingan kepada nya sahaja.
 
Ini Khalid Samad, jangankan diri, agama pun dia boleh jual demi kerusi Parlimen Shah Alam. Dan pandai salahkan BN, pihak yang tiada mengena dalam hal ini. Sedangkan JAIS dibawah EXCO dari PAS sendiri. Adakah dia ini bodoh atau memang sudah buta hati kerana dendam politik ?
 
Jelas berbeza dengan Ketua Pemuda PAS, Nasrudin Hassan Tantawi yang mendengar sendiri penjelasan dari Dr Hasan Ali sebelum mengeluarkan kenyataan menyokong tindakan JAIS.
 
JAIS dalam kenyataan semalam menyatakan bahawa tiada serbuan, kekasaran atau pecah masuk seperti yang difitnah pembangkang. JAIS sekadar menjalankan pemeriksaan untuk menjaga kepentingan umat Islam apabila Majlis Berbuka Puasa diadakan bersama makan malam Thanksgiving (Kesyukuran) dalam kawasan gereja.

2 comments:

  1. Penduduk Seksyen 19 sudah kena dengan Khalid Samad. Kuil haram dikawasan majoriti Islam dia sokong. Aduan gangguan kuil tidak ada tindakan. Bila gangguan sudah kronik penduduk minta bantuan NGO Islam. Pada 8/1/2009 depan mata penduduk dia bela Hindu kuil dan tuduh ngo sebagai gerombolan UMNO yang buat provokasi kepada kuil Hindu. Penduduk amat tidak sangka seorang pemimpin dari sebuah parti Islam bersikap seperti Khalid Samad. Sampai hari ini masalah penduduk Islam Sek 19 belum selesai.

    ReplyDelete
  2. Segala tindakan Khalid Samad sebagai MP Shah Alam hanya satu - demi kerusi Parlimen Shah Alam.

    Nasib penduduk telah dipersetankan oleh beliau.

    ReplyDelete