Gereja Methodist Damansara Utama didakwa menjalankan operasi bawah tanah kerana premis yang digunakan dipercayai hanya berselindung disebalik kelulusan sebagai pusat komuniti. Ini amat membimbangkan kerana setiap tempat yang diistiharkankan sebagai rumah ibadah tidak kira agama wajib mendapat kelulusan bagi memudahkan proses pemantauan.
Kebimbangan ini ada asas lebih-lebih lagi penganjuran majlis amal dan berbuka puasa orang Islam diadakan disitu. Perlu diingatkan bahawa pihak berkuasa tidak memilih bulu. Jangankan gereja atau kuil, malah rumah ibadah orang islam seperti surau yang haram juga dirobohkan.
Jika dakwaan bahawa DUMC beroperasi secara haram, maka tindakan undang-undang wajar diambil. Sekurang-kurang DUMC diwajibkan mendaftar premis nya sebagai rumah ibadah bagi memboleh mereka terus menjalankan aktiviti keagamaan.
Melihat betapa angkuh dan sombongnya paderi @ father di DUMC mengherdik tindakan JAIS keatas mereka, DUMC wajar diberi 'pengajaran' secukupnya. Golongan Nasrani ini hanya mengambil kesempatan diatas keharmonian dan kesefahaman antara kaum dan agama yang sememangnya menjadi amalan kita dari generasi sebelum kita.
No comments:
Post a Comment