Minda Hijrah Headline Animator

Tuesday, June 14, 2011

BERSIH 2.0 - Ibrahim Ali vs Ambiga - yang kalah tetap MELAYU

Ibrahim Ali nekad menentang habis-habisan jika perhimpunan Bersih tetap diteruskan pada 9 Julai nanti. PERKASA dan NGO-NGO lain jika akan menggerakkan ahli-ahli untuk menghalang perhimpunan itu atas sebab 'menggugat keselamatan negara.

Sementara itu Pengerusi Bersih 2.0, Ambiga Sreenevasan pula tidak gentar dengan kenyataan Ibrahim Ali dan tetap akan meneruskan agenda Perhimpunan Bersih.


Strategi pembangkang bijak menamakan bekas Pengerusi Majlis Peguam, Ambiga sebagai Pengerusi Bersih 2.0 dan tidak melibatkan orang politik secara langsung. Ketika perhimpunan Bersih 2007 dahulu banyak diuruskan oleh pemimpin politik pembangkang.

Mungkin percaturan meletakkan Ambiga menerajui Bersih 2.0 memaksa Ibrahim Ali 'diSERU' menjadi penentang.

Masih menjadi tanda tanya kenapa Ibrahim Ali dan PERKASA mahu terlibat secara langsung untuk menghalang perhimpunan BERSIH 2.0 - Jika menggugat keselamatan negara, bukankah ini urusan Kerajaan melalui KDN. Berapa ramai pula Pemimpin UMNO yang ambil kisah pasal perhimpunan BERSIH ?

Yang turun menyokong BERSIH pun orang MELAYU dan yang mahu turun menghalang perhimpunan pun orang MELAYU.

Notakaki - Jalan masuk ke Kuala Lumpur bakal sesak - Peniaga bakal sengsara - Mungkin 9 Julai nanti kerajaan wajar mengistiharkan cuti umum utk warga kota Kuala Lumpur jika tidak mahu menghalang perhimpunan ini diteruskan. Boleh semua yang tidak terlibat duduk rumah beristirehat bersama kelaurga.

2 comments:

  1. Yang turun menyokong BERSIH pun orang MELAYU dan yang mahu turun menghalang perhimpunan pun orang MELAYU.
    .............................................
    wanredone: setuju 100%. tengok nanti adakah cina & india akan turut serta. ini menunjukkan keBODOHAN orang MELAYU yang sengaja mahu diperBODOHkan sang india!

    ReplyDelete
  2. Sebab itu ada pepatah mengatakan kalau jumpa ULAR dengan INDIA apa yang patut dibuat. I say catch the snake and throw it at AMBIGA. Bangsa ni dari dulu lagi talam dua muka suka melagakan bangsa kita. Melayu sedarlah diri...dari dulu lagi dalam Melayu ada Penghianat Bangsa , Agama dan negara.Perhimpunan Bersih agenda ANWAR untuk memesongkan pemikiran rakyat dari kes Liwat dan Scandal Video sex China Doll..dan lain2 lagi. Melayu jangan lagi diperbodohkan oleh Raja Kelentong...Diri sendiri paling kotor dan jijik...bersihkan dululahdiri sendiri.

    We want Peace.

    ReplyDelete