Minda Hijrah Headline Animator

Wednesday, April 27, 2011

Utusan Malaysia Haram ! - PKR FITNAH Dato' Dr Haron DIn

Sikap kurang ajar dan biaDAP PKR terhadap pimpinan PAS semakin terserlah. Selepas episod Azmin Ali mempersoalkan kenyatan Setiausaha Agung PAS Dato' Mustapha Ali berkaitan isu Video Seks, terbaru apabila PKR dilihat cuba 'membalas dendam' dengan memutarbelitkan kenyataan Timbalan Mursyidul Am PAS, Dato' Dr Haron Din.

Nasib baik kenyataan balas dibuat oleh Dr. Haron Din bagi memberi penjelasan sebenarnya. Jika tidak, Timbalan Mursyidul Am PAS ini akan menjadi mangsa kritikan hasil dari FITNAH dan PUTARBELIT yang dilakukan oleh rakan mereka PKR.


Kenyataan Timbalan Mursyidul Am PAS Dato' Dr Haron Din.

"Saya diminta mengulas mengenai berita-berita yang kini tersebar di media massa dan elektronik. Sepanjang ulasan, saya langsung tidak sebut secara khusus seperti dilaporkan Suara Keadilan membaca Utusan Malaysia adalah haram."

"Itu bukan perkataan saya, kita perlu adil kepada semua, SAYA SENDIRI BACA UTUSAN, TAKKAN SAYA BACA, SAYA KATA HARAM? Sebaliknya saya ulas soalan yang ditanya berasaskan kepada al-Quran," ulasan terkini dari Dato Harun Din.


---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Kita lihat laporan PKR dalam Keadilan Daily

1 comment: