Minda Hijrah Headline Animator

Tuesday, April 12, 2011

PRN Sarawak - Perkiraan dalam Membuat Keputusan

Saya cuba memahami kehendak majoriti rakyat Sarawak yang kian hampir untuk menentukan corak pemerintahan dalam Pilihanraya Negeri Sarawak ke 10 pada 16 April ini.

Apa yang saya mahu fokuskan adalah kalangan majoriti yang masih mahu tradisi pemerintahan BN diteruskan tetapi menolak kepimpinan KM Taib Mahmud. Malah kedudukan calon-calon parti kompenen lain seperti SUPP yang mewakili kepentingan kaum cina Sarawak dan diterajui oleh TS George Chan juga dilihat mendapat tentangan hebat dari Pakatan Rakyat dan menjadi mangsa serangan ke atas KM Sarawak.

Siri perbincangan dalam Kelab Chedet telah mendidik saya lebih berpengetahuan dan berpengalaman. Dalam hal membuat keputusan yang penting, wajar kita membuat penilaian dalam pelbagai aspek. Apa yang yang lebih penting adalah asas kaedah kita dalam menilai sesuatu perkara.

Saya bepegang kepada 'Jika ada dua kemudaratan yang mana tiada kebaikan diantara keduanya, wajar kita memilih kemudaratan yang lebih kecil'. Jangan biarkan politik kebencian mengaburkan penilaian kita. Fikir secara mendalam tentang akibat dan risiko yang mungkin menjelma setelah keputusan dibuat.

Masih ramai pemimpin BN yang berjiwa rakyat dan mampu mengekalkan kesimbungan kemajuan yang dikecapi di Sarawak. Rakyat telah memberi peluang Pakatan Rakyat untuk mentadbir beberapa negeri dan ternyata mereka telah GAGAL melunaskan janji-janji yang ditaburkan semasa kempen PRU 12.

Rakyat Sarawak wajar menolak Pakatan Rakyat kerana kemudharatan yang bakal mereka bawa lebih besar dari BN jika mereka dibiarkan menjadi pentadbir kerajaan negeri.

Fikir-fikirkan lah.

No comments:

Post a Comment