Minda Hijrah Headline Animator

Saturday, April 9, 2011

PRN Sarawak - Mampukah SUPP mengekalkan penguasaan ?

Dalam PRU 12 yang lepas, MCA dan Gerakan adalah parti kompenen BN yang paling teruk menerima tsunami politik akibat kehilangan undi kaum cina.

Gerakan kalah semua kerusi DUN di Pulau Pinang dan kalah beberapa kerusi Parlimen yang diperuntukan. Manakala MCA juga mengalami nasib yang hampir serupa.

Beberapa siri PRK pasca PRU 12 memperlihatkan sokongan kaum cina masih tidak memihak kepada Barisan Nasional termasuk PRK Parlimen Sibu Sarawak yang menyaksikan DAP menumbangan BN.

Kini ujian berat menanti SUPP, parti kompenen BN di Sarawak yang mewakili kaum cina apabila terpaksa berhadapan dengan DAP terutamanya di Miri dan Kuching.

Semalam, rakan media dari Miri membisikkan kepada saya bahawa hampir 5 ribu orang menghadiri ceramah Pakatan Rakyat yang dihadiri oleh pemimpin utama pembangkang termasuk Anwar Ibrahim.

DAP dan PKR nampaknya lebih fokus ke arah perebutan undi kaum cina yang boleh mengakibatkan SUPP dikerah untuk berkerja kuat untuk mengekalkan penguasaan mereka.

Mungkin masih terlalu awal untuk kita membuat sebarang ramalan. Tetapi kita berharap semua rakan rakan di Sarawak tidak leka dan harus berkerjasama bagi memastikan kemenangan Barisan Nasional yang lebih baik.


Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

No comments:

Post a Comment