Minda Hijrah Headline Animator

Tuesday, April 19, 2011

Keterbukaan Utusan Malaysia demi Kepentingan Orang Melayu

Ketika akhbar Utusan Malaysia dikritik hebat kerana digambarkan sebagai media arus perdana berbaur perkauman dan membuat laporan berat sebelah, ternyata tanggapan itu sekadar tuduhan dan sakit hati kaum DAP terhadap kebebasan Utusan Malaysia dalam membicarakan persoalan orang Melayu.

Terbaru dalam kes melibatkan Cukai Tanah UUM yang dilaporkan naik 10 kali ganda, Utusan Malaysia tetap memberi ruang UTAMA kepada YAB Menteri Besar dan Kerajaan Kedah PAS untuk menjawab persoalan yang ditimbulkan. Mungkin sebab utama kerana isu ini melibatkan kepentingan orang melayu Islam dan pendidikan anak bangsa. Tidak perlu dipolitikan secara emosi dan semua pihak wajar menyelesaikan masalah ini dengan baik.

Begitu juga ketika Utusan Malaysia memberikan ruang yang luas (Muka Hadapan) kepada YAB Menteri Besar Kelantan untuk menjawab kritikan yang dilemparkan oleh Tun Mahathir melalui laman blognya.

Saya cuma mengharapkan lidah rasmi PAS, Harakah juga memberi ruangan yang sama jika sebarang persoalan dilemparkan kepada Pegawai Kerajaan dan Pemimpin Melayu dari parti pemerintah.

Utusan Malaysia telah membuktikan keterbukaan dalam menyampaikan laporan demi kepentingan orang Melayu Islam. Bukankah wajar Harakah lebih terbuka,membuat sedikit ego mengurangkan politik kebencian sesama Islam ?

Yang benar-benar sakit hati dengan Utusan Malaysia hanyalah egois DAP dan PKR.



1 comment:

  1. mungkin utusan malaysia boleh buka ruang iklan obat kuat macam harakah

    ReplyDelete