Hari ini Anwar Ibrahim mendakwa pendedahan rakaman video seks beliau itu sebagai bukti menggambarkan kecacatan kredibiliti UMNO yang sanggup menggunakan politik “jijik dan jahat.”
Jika benar pemimpin UMNO begitu “jijik dan jahat” hingga sanggup mengunakan tektik kotor terhadap pemimpin-pemimpin pembangkang, sudah tentu tektik kotor ini sudah lama digunakan terhadap Lim Kit Siang, Hadi Awang, Karpal Singh, Nik Aziz dan sebagainya supaya UMNO dapat segera mejatuhkan mereka. Namun ternyata sekali tektik kotor ini tidak pernah digunakan keatas mana-mana pemimpin pembangkang sebelum ini apa lagi mereka sendiri tidak pernah terlibat untuk dikaitkan dengan tektik kotor itu.
Sebaliknya ”tektik kotor” ini hanya berlaku dikalangan pemimpin-pemimpin BN sendiri. Anwar jangan lupa, ketika pertama kali beliau dikaitkan dengan salah laku seksual dulu, beliau juga adalah pemimpin BN. Sebagai pemimpin BN yang paling berpengaruh ketika itu sudah tentu beliau mempunyai banyak ”talian hayat” untuk menyelamatkan diri. Namun hakikatnya yang kotor tetap diakui kotor juga, apa lagi bila perbuatan kotor itu kini sudah jelas dirakam untuk tontonan awam.
Bermula sejak tahun 1989 lagi, pemimpin tertinggi BN iaitu bekas setiausaha agung MIC D. P. Vijandran dipaksa melepaskan jawatan kerana dikatakan terlibat dengan video lucah. Namun kes beliau tidak pula sampai ke peringkat mahkamah kerana kesediaan beliau untuk melepaskan kesemua jawatan sebagai tanda menerima hukuman daripada perbuatan beliau itu.
Kemudian timbul pula dakwaan kes liwat terhadap Timbalan Presiden UMNO yang juga Timbalan Perdana Menteri ketika itu. Perkara yang sama juga dinasihatkan kepada beliau supaya melepaskan jawatan. Ketika itu pun sudah ada dakwaan daripada para pemimpin pembangkang seperti Karpal Singh yang kononnya mereka mempunyai bukti kukuh untuk mensabitkan Anwar dengan tuduhan meliwat. Pemimpin PAS Mat Sabu pula tidak segan silu mencipta gelaran “Al Juburi” khusus untuk Anwar bagi menggambarkan perbuatan luar tabie beliau itu.
Namun kerana sayangkan jawatan dan bercita-cita ingin menjadi Perdana Menteri, Anwar dengan rela hati memilih untuk memanjangkan kes beliau hingga ke peringkat mahkamah. Tidak cukup dengan itu, Anwar pergi ke seluruh dunia memfitnahkan Tun Dr Mahathir kononnya ini adalah konspirasi Dr Mahathir, Tun dikatakan merasa tergugat dengan populariti Anwar.
Berbeza pula cara Timbalan Presiden MCA Chua Soi Lek menangani isu yang sama pada tahun 2008. Soi Lek dengan rasa rendah hati mengaku beliau terlibat dengan adengan video seks dan menawarkan diri untuk melepaskan semua jawatan. Atas sikap gentleman beliau itu, ahli-ahli MCA bersedia memaafkan beliau lalu memilih beliau semula sebagai Presiden MCA sekarang.
Jadi tidak ada bukti menunjukkan UMNO mahu menjatuhkan mana-mana pemimpin pembangkang dengan tektik kotor (salah laku seksual) seperti mana yang didakawa oleh Anwar melainkan yang terbabit itu kesemuanya terdiri daripada pemimpin-pemimpin tertinggi BN belaka.
Namun setelah Anwar dipecat dan berada dikandang pembangkang, Anwar bijak menggunakan pengaruh beliau untuk meraih sempati dan sokongan dari pemimpin-pemimpin pembangkang ini pula. Orang yang dulunya pernah mendakwa mempunyai bukti kukuh tentang kegiatan liwat Anwar kini sanggup pula tampil menjadi peguam bela beliau bagi menafikan tuduhan yang pernah dibuatnya sendiri terhadap kegiatan liwat Anwar dulu.
PAS yang dulunya sibok mencanangkan gelaran ”Al Juburi” terhadap Anwar tampa perlu menunggu keputusan mahkamah, kini mendesak pula bukti empat orang saksi tampa perlu menyaksikan adengan Anwar didalam video seks terbarunya itu.

Begitu juga Wan Azizah dikatakan tidak ingin menonton video seks suaminya kerana takut berdosa. Namun beliau tidak pula takut berdosa bersubahat menyembunyikan perbuatan suaminya sambil menganggap suaminya adalah satu ”anugrah Allah” kepada rakyat Malaysia. Sampai bila agaknya Wan Azizah mahu lari dari kenyataan yang menghantuinya sekarang?
Mungkin Wan Azizah boleh bersabar dengan kecurangan Anwar terhadap beliau kerana Anwar itu sememangnya dianggap sebagai satu ”anugrah Allah” kepadanya. Namun demikian Wan Azizah tidak boleh terus menerus bersubahat dengan suaminya untuk menipu seluruh rakyat Malaysia hanya untuk membantu cita-cita suaminya yang ingin menjadi Perdana Menteri itu.
Kadang-kadang Allah menganugrahkan kita seorang anak yang cacat bukan bertujuan untuk kita menafikan kecacatan anak tersebut tetapi untuk menerima dan menginsafi bahawa Allah itu maha berkuasa. Begitu juga jika Allah menganugrahkan suami yang curang kepada Wan Azizah, ia bukannya untuk dinafikan tetapi untuk menerima hakikat bahawa perbuatan jahat yang dilakukan suaminya dulu akhirnya akan dibalas dengan jahat juga.
Atas sebab itu, penyimpan video seks ini mengaku bahawa pendedahan yang dibuat beliau sekarang hanya mengambil iktibar dari nasihat Anwar sendiri yang dulunya mahu beliau berundur kerana dikatakan terlibat dengan salah laku seksual. Jika Anwar mahu orang lain berundur bagi membersihkan nama baik parti, tidakkah Anwar mahu melakukan perkara yang sama demi menjaga maruah keluarga dan juga kredibiliti Pakatan Rakyat?
Agak malang bagi pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat sekarang. Mereka terpaksa memperbodoh-bodohkan diri mereka sendiri kerana mahu mempertahankan orang yang pernah mereka dakwa sebagai peliwat kononnya mereka juga mempunyai bukti kukuh untuk mempercayai dakawaan mereka dulu. Malangnya hari ini mereka mahu rakyat mempercayai mereka pula bahawa orang yang mereka dakwa sebagai peliwat dulu adalah orang yang ”putih dan bersih”, dan yang “jijik dan jahat” itu cuma UMNO saja.
Penulis - Nordin - Exco kelab ChedetMungkin Wan Azizah boleh bersabar dengan kecurangan Anwar terhadap beliau kerana Anwar itu sememangnya dianggap sebagai satu ”anugrah Allah” kepadanya. Namun demikian Wan Azizah tidak boleh terus menerus bersubahat dengan suaminya untuk menipu seluruh rakyat Malaysia hanya untuk membantu cita-cita suaminya yang ingin menjadi Perdana Menteri itu.
Kadang-kadang Allah menganugrahkan kita seorang anak yang cacat bukan bertujuan untuk kita menafikan kecacatan anak tersebut tetapi untuk menerima dan menginsafi bahawa Allah itu maha berkuasa. Begitu juga jika Allah menganugrahkan suami yang curang kepada Wan Azizah, ia bukannya untuk dinafikan tetapi untuk menerima hakikat bahawa perbuatan jahat yang dilakukan suaminya dulu akhirnya akan dibalas dengan jahat juga.
Atas sebab itu, penyimpan video seks ini mengaku bahawa pendedahan yang dibuat beliau sekarang hanya mengambil iktibar dari nasihat Anwar sendiri yang dulunya mahu beliau berundur kerana dikatakan terlibat dengan salah laku seksual. Jika Anwar mahu orang lain berundur bagi membersihkan nama baik parti, tidakkah Anwar mahu melakukan perkara yang sama demi menjaga maruah keluarga dan juga kredibiliti Pakatan Rakyat?
Agak malang bagi pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat sekarang. Mereka terpaksa memperbodoh-bodohkan diri mereka sendiri kerana mahu mempertahankan orang yang pernah mereka dakwa sebagai peliwat kononnya mereka juga mempunyai bukti kukuh untuk mempercayai dakawaan mereka dulu. Malangnya hari ini mereka mahu rakyat mempercayai mereka pula bahawa orang yang mereka dakwa sebagai peliwat dulu adalah orang yang ”putih dan bersih”, dan yang “jijik dan jahat” itu cuma UMNO saja.
Editor - RockY-MY - Exco Kelab Chedet
Artikel ini pernah disiarkan di laman portal Kelab Chedet
Umno Parti Keramat kena sumpah siapa yang mengkianati parti ini kerana ia ditubuhkan oleh perjuangan orang yang ikhlas
ReplyDelete