Minda Hijrah Headline Animator

Thursday, April 21, 2011

Haji Hadi mangsa politk Kebencian PAS terhadap UMNO?

Selepas siri kekalahan teruk Geng Erdogan dalam pemilihan parti  lepas yang menyaksikan Hussam Musa dan gerombolannya tergolek, kini gerakan Erdogan digerakkan semula bagi memastikan kesinambungan pengaruh Anwar Ibrahim dalam PAS.

Terbaru apabila PAS Bukit Bintang mengejut banyak pihak apabila mencalonkan Hussam Musa sebagai Presiden PAS. Dengan pantasnya anak didik Anwar Ibrahim ini malu-malu kucing menolak pencalonan dan menunjukkan taat setia kepada Presiden parti.

Hubungan renggang PAS Kelantan dan PAS Terengganu pernah sampai ke tahap 'panas' ketika di PRK Manek Urai apabila gambar Presiden PAS 'dilarang' dan PAS Terengganu juga di'boikot' akibat isu Perpaduan. Sebelum itu, serangan YAB Menteri Besar Kelantan yang juga Mursyidul Am PAS ke atas Timbalan Presiden PAS juga memburukan lagi keadaaan. Forum portal penyokong PAS, Tranungkite.net juga ditutup sementara selepas gagal mengawal kemarahan kedua-dua penyokong.

Bagi mengekang kemaraan 'The Young Turks' dalam PAS selepas pemilihan parti, Presiden PAS mengambil keputusan menyingkirkan Setiausaha Agung, Dato' Kamaruddin Jaafar dan melantik rakan karibnya Datuk Mustafa Ali. Umum mengetahui siapakah Ahli Parlimen Tumpat ini dan hubungannya dengan Anwar Ibrahim.

Episod kepimpinan PAS sudah bemula lagi dan sudah tentu menarik minat semua pihak terutamanya selepas beberapa siri kekalahan PAS dalam PRK. Lebih dari itu, imej Haji Hadi dan Ustaz Nasha yang kelihatan 'mesra UMNO' juga akan dilihat sebagai faktor yang bakal digunakan oleh Geng Erdogan bagi memecahkan dominasi kedua-dua pemimpin tertinggi PAS ini.

Yang lebih dasyat apabila pensyarah upahan Aziz Bahri yang condong kepada pembangkang digunakan bagi menyerang Haji Hadi dengan kenyataan "Haji Hadi adalah liabiliti kepada PAS' sehingga menimbulkan semula kemarahan penyokong Haji Hadi.

Selamat Maju Jaya kepada Presiden PAS dan para penyokongnya. Kalau saya diberi hanya dua pilihan antara Presiden PAS atau Mursyidul Am yang ada sekarang - saya akan menyokong Presiden PAS.

RockY-My Mohamad
Kelab Chedet

No comments:

Post a Comment