Minda Hijrah Headline Animator

Tuesday, April 19, 2011

Gaji Kakitangan Awam dijangka naik ?

Saya terdengar perbualan kedai kopi yang berkisar kepada cadangan kerajaan untuk menaikkan gaji kakitangan awam mulai Mei atau Jun 2011.

Kenaikan gaji kakitangan awam dijangka naik agak tinggi kali ini.  Sama ada ianya gula-gula pilihanraya, itu hanya sekadar persepsi oleh orang politik. Mereka yang menjadi penjawat awam wajar bersyukur jika topik perbualan yang saya dengari menjadi realiti.

Kakitangan awam yang tidak puas hati dan tidak reti bersyukur, baik berhenti dari menjadi penjawat awam. Dan terus mohon jadi sukarelawan DAP.

40 comments:

  1. asyik2 kakitangan awam je..yg swasta pon menyumbang utk negara jgk..

    ReplyDelete
  2. elok la tu naik jgn tak naik tang pak lah dulu pu mcm tu tgk apa jadinya.

    ReplyDelete
  3. Syukur Alhamdulillah sekiranya benar. Yang antiestablishment tu berhenti kerja dengan govt. ramai graduates yang tak da kerja. Mereka ni muka tak malu makan duit kerajaan tapi kalau mengutuk sampai tak sedar diri. They bite the hands that feed them.

    Ni time DS Najib no more Pak Lah kita berdoa yang terbaik Dulu Kini dan Selamanya BN.

    ReplyDelete
  4. betul ke ? stail Ds Najib memang perihatin jaga kebajikan penjawat awam bawahnya.


    cuma siapa yg'tikam belakang' perlu dibersihkan jika benar gaji nak dinaikkan.

    biar penyokong tegar Kerajaan sahaja yang berpenat lelah membela Kerajaan dan menikmati imbuhan bulanan.

    tq info Rocky...

    ReplyDelete
  5. aku penjawat awam kini sokong BN kata.
    Hak rakyat untuk pangkah apa cap pun. Apa yang aku tak boleh terima, mereka yang jadi jentera pelaksana dasar kerajaan menjadi bahagian-bahagian jentera yang rosak. Kesannya, pelbagai kecacatan dan kebocoran terjadi. niat mereka jelas, menggagalkan atau paling tidak mencacatkan. Banyak rahsia kerajaan disalurkan kepada pembangkang lantaran terlalu emosi dan geram tak tentu pasal.

    Soalannya, macam tak ada apa-apa pun langkah pemutihan telah dan sedang diambil oleh pihak berkaitan. Tambah geram dan hairan bila mereka tidak lagi menyorok atau malu-malu dgn stiker cop parti pembangkang padahal penjawat awam kerajaan BN

    Penjawat awam mesti profesional. Mereka perlu dapat bezakan tugas dengan parti.

    ReplyDelete
  6. alhamdullilah lah jika betul

    ReplyDelete
  7. ura2 dengar cm tu,tapi aku rase tak,sebab pak lah dah naikan gaji kakitangan awam ari tu.tak mungkin naik dalam masa terdekat nieh..kalau naik pun mungkin 2015..sedangkan bonus setaun skali pun kerajaan susah nak bagik,apetah lagik kenaikan gaji..

    ReplyDelete
  8. DONT WORRY BE HAPPY
    IT WILL BE A REALITY...Berkat doa dan Solat Hajat Insyallah yang baik2 akan terjadi dalam BN.

    Yang tak sokong GOVT...jangan ambil increment tu ya?

    Dosa kalau ambil duit yang kita selalu fitnah dan tuduh yang bukan2

    ReplyDelete
  9. Apapun hujah kita, bagi yg taktau malu yg kulit muka ditampal dngan klit babi tak di kisahnya. Dbedal sama je. Tapi wlau apa pun pengangan anda setiap sen yg anda mkan sepatutnya hendaklah setimpal dgan tugas yg. anda jlnkan. Sedarlah ketidakan cukupan pndapatan anda yg berlaku skarang adalah kerana allah tdak mmberkati rezeki yg. anda dpt kerana berbagai menyelewengan yg anda lakukan semasa anda menjlnkan tugas anda. Fikirkanlah!

    ReplyDelete
  10. tima kacih daun keladi kalau nak undi kami bagi.....pasti bagi....mesti bagi...

    ReplyDelete
  11. untuk makluman anon atas skali, certitanya adalah kerajaan mungkin umumkan kenaikan gaji kakitangan awam. mungkin je! lagipun, kerajaan hanya mampu naikan gaji kakitangannya saja. yang swasta mana kerajaan berani. bukan kakitangan dia. kalau aku yang tulis tajuk, aku tulis: KERAJAAN AKAN MENAIKKAN GAJI KAKITANGAN AWAM YANG MENYOKONG KERAJAAN SAHAJA SEBANYAK XX% . YANG TIDAK MENOKONG KERAJAAN,KALAU TAK MALU BOLEH JUGA MEMOHON KENAIKAN GAJI YANG SAMA.

    ReplyDelete
  12. pi mai pi mai tang tu

    ReplyDelete
  13. hahahahahaha....swasta ni ada perkataan kakitangan kerajaan ker?? swasta gaji dah besar..nak minta naik minta kat tycoon company ...pasal gaji nak naik ni , kenapa semua overdose sgt??? kalau naik , baguslah , kalau tak pun , kita cam ni gak , gomen staff...harga barangan naik mendadak , takpe , kita semua gomen staff kena berkorban untuk negara , makan megi mee jee.. pangkat 54 keatas hingga turus 1 ke 2 ke 3 ke ...meka tak kisah sebab gaji besar..meka bg arahan je suh kita wat pe pun ..jadi , soal nya , GAJI bukan PARTI...undi rahsia...kita kerja dibayar gaji..bukan kita undi dibayar gaji...jadi , tiada kena mengena parti dalam soal kenaikan gaji..terpulang pada diri masing2...keje gomen kenalah sokong gomen bukan parti..atas dasar kita sokong gomen bukan parti...kalau parti lain memerintah lak..nak cakap apa lak??? kita tetap kakitangan gomen , so ...GOMEN yang kita sokong..sebab kita ada akujanji...INGAT..berbalik pada isu ini , doalah GAJI naik , sebab barang pun dah naik...terima kasih..

    ReplyDelete
  14. Entahla...
    Minded orang kita terutamanya yang beragama Islam pun dah tersasar dari ajaran.

    Ada ke patut cakap kita kena bersyukur dengan Kerajaan....
    Sepatutnya yang didahulukan adalah Tuhan iaitu Allah SWT...
    Kita patut bersyukur dengan rezeki yang Allah kurniakan.. Wei....cuba perbetulkan sikit minded korang, kalau tak kerana kemudahan yang Allah berikan, kita tak semulia ini tinggal di bumi Allah..
    inilah kita, asyik Kerajaan dan Parti sahaja yang disyukuri... Tuhan mereka letak kat mana tak taulah, tak pernah terbaca lagi cerita pasal Tuhan....... Bersyukurlah atas kurniaan Allah ini... Kerajaan pun adalah kemahuan dari Allah jua, semua ini datang dari-Nya.,,,,

    ReplyDelete
  15. mana ada gula2 pilihanraya...kalau naik syukurlah.......timekasih DS Najib.....

    ReplyDelete
  16. hehehe...untungnya ak kerja gomen,gaji naik..hehe..kerja pn bknnya berat sangat..mana xbestnya,,pergi kerja pkul 7.30am..pkul 10 am dh ada kat umah dah,,,ihihihi..kakitangan kerajaan lain blik pkul 5pm..jgn dengki ek..ini bkn curi tulang,tapi mmng tugas kmi mcm itu..tup tup hujung buln dpt gaji...

    ReplyDelete
  17. duit kerajaan pun duit rakyat jugak..bukan duit BN ke PAS..

    ReplyDelete
  18. ni dh 1 mei 2011 tarak apa pengumuman pun...kena kencing je sume staff gomen

    ReplyDelete
  19. aku stuju..hangin satu badan aku..tggu kt depan tv sempena hari pekerja sedunia 2011..tgk berita sgala mcm..kot2 ada pngumuman kenaikan gaji penjawat awam..HARAM~~ xdak apa pun...emm..tak guna btol lah!!

    ReplyDelete
  20. xknecing jgak...maybe jun...tungguuuuu...

    ReplyDelete
  21. goverment bagi berapa % gaji naik. Aku dengar cerita 15 %. Betul ke

    ReplyDelete
  22. Harap2 menjadi ye

    ReplyDelete
  23. minta2 elaun COLA untuk yang duduk kuarters dapat penuh le

    ReplyDelete
  24. aku dah penat berangan gaji naik.. naik bagus tak naik pun takpe.. aku tetap camni jugak.. janji bleh sara anak bini aku makan pakai dan sewaktu denganye pun dah cukup.. yang kat atas tu, kerja jabatan apa pukul 10am dah balik? cite skit..

    ReplyDelete
  25. kenapa COLA kaki tangan yang tinggal di kuarters hanya separuh, kalau di bandar besar, kaki tangan awam keluar makan bersama dengan kakitangan awam yang tidak tinggal di kuarters. sama-samalah patutnya, terima elaun ini secara adil, kakitangan awam yang tinggal di kuaters pun nak makan setiap hari. Bagi bujang yang tinggal 3 orang dalam satu rumah, mereka masih beruntung lagi. Contoh, Sewa rumah 2 bilik Sekitar sekitar RM450. ( mengikut tempat). Jika bahagi 3, Sewa rumah cuma RM150. Cola dapat penuh, mana tak simpan duit. Bagi bujang yang tinggal di kuraters guru, Potong Sewa rumah dan cola separuh, itu salah satu sebab ada kakitangan yang tak nak tinggal di kuaters. Rugilah kerajaan kerana potongan daripada kakitangan awam dah berkurangan kerana mereka lebih rela tinggal di luar. hasil kutipan kerajaan setiap bulan juga berkurangan kuarters. Diharap kerajaan pertimbangkan COLA bagi kakitangan yang tinggal di kearters kerana ini adalah tidak adil kepada mereka yang tinggal di situ.

    ReplyDelete
  26. Mmg btol gaji k/tgn kerajaan akn dinaikkan... tp di antara 15-30%. mgkin bg kategori atasan 15% n kategori sokongan 25-30%. Elaun Cola sbyk RM150-RM300 akn ditarik balik olh kerajaan sbb x dikira smasa income tax! Bijak sgguh DS Najib! Bila gaji k/tgn awam mkin tinggi maka income tax akn dikenakan! So duit tu pi mai pi mai akn dpt balik kt kerajaan.. hurmmm sama jer! Aku rase gaji k/tgn awam or swasta patut dinaikkan sbb rega barang skang rata2 DAH MAHAL!!!!

    ReplyDelete
  27. salam..

    ni aku nyer opinion la.. kan kerajaan berwawasan untuk merealisasikan negara berpendapatan tinggi.. so sebab tu sekrg ni sibuk ngan gaji minimum lah.. gomen servant naik gajilah..so M'sia boleh jadik negara maju by 2020. Dgn kenaikan gaji ni nanti maka certain tax akan dinaikkan dan ada yg diturunkan.. contoh..mungkin GST akan dinaikan dan diperbesarkan skopnya lagi..individu dan korporat tax mungkin diturunkan.. Nak jadik negara maju jugak x der dah subsidi subsidi ni.. so bila gaji rakyat dah tinggi maka kerajaan akan menghapuskan semua subsidi.. so rumors kata gomen servant nak naik gaji mungkin ada kebenarannya.. cuma mungkin kenaikan tu dibuat dlm kesempatan utk memancing undi...

    Anyway aku as gomen servant masih berharap kenaikan gaji tersebut..subsidi lain nak tarik tarik la.. tapi RON95 remain lahhh he he he he

    ReplyDelete
  28. syukur la kalo dpt....

    ReplyDelete
  29. dah masuk bulan 8 ni....cerita dongengan je artikel ni!!!

    ReplyDelete
  30. tin kosong je niiii

    ReplyDelete
  31. bercoleteh biar ikut landasan yg betul....jgn main tibai2 je..kalo ade bonus syukurlah..jika tiada ada sebabnya yg mesti kita akur..sekarang ekonomi tidak menentu...terpulanglah pada diri kita bijak bertindak dalam situasi yg tidak menentu sekarang....

    ReplyDelete
  32. sape yang cakap penjawat awam x malu kutuk2 kerajaan gaji n bonus ambik..adalah budus macam lubang jamban..gaji yg kami penjawat awam dapat adalah duit rakyat..dan kami bukan bekerja untuk kerajaan kami bekerja untuk rakyat..kami cuma menurut perintah kerajaan yang berkhidmat untuk rakyat..yang menindas rakyat dan salahguna duit rakyat kami flush bersama si perasuah2 ke mangkuk jamban

    ReplyDelete
  33. apasal la korg xleh pk mcm org cerdik pandai sikit....knp skrg kerajaan bleh naik kan gaji korg?...cuba pk knp?...sbb Program Transformasi kerajaan tu dah berjaya la wei...dah balik modal pon, pelaburan yg kerajaan buat, yg korg cakap membazir duit rakyat tu dh pun menampakkan hasil....smpi bleh naikkan gaji korg...harapkan kje korg dgn cukai yg korg byr tu bape ciput sgt la...ini la guna nye ilmu kewangan, ingat senang ke nk paham kenapa kerajaan kurgkan subsidi, kerajaan suh sabar...susah2 dulu, senang2 kemudian....maka ini la hasilnye..nk naik kan taraf hidup korg jugak...harap kan kerajaan yg satu lagi tu, ape je yg dorg buat?...

    ReplyDelete
    Replies
    1. ko yg perlu blajar ekonomila..brapa bnyk jer return dia..cuba la try xde tax for a year.. tngk ko bley dpt gaji ke x?

      Delete
  34. Apa kene mengena naik gaji,incremet jgn ambik, kutuk BN ker...ngan kenaikan GAJI. Itu tanggungjawab diorang sebagai ketua pentadbir. Org bawah buat kerja dan meminta sebagai hak orang bawah. Tak ada kene mengena dgn Parti. Jgn persoalkan kenaikan gaji dengan ikatan politik. Kalau tak tahu apa jangan pandai bercakap..Menampakkan diri kita ni bodoh..Kalau PAS ker PKR ker jadi PM, Penjawat awam akan meminta benda yang sama..Terpulang kepada pemerintah..Cam U all lerr yang banyak cakap nie, mesti pernah mintak naik gaji ngan majikan U, walaupun majikan U perangai cam biawak. Belakaang U kutuk,depan tetap U baik. SO, kesimpulan, Tiada kaitan parti dalam hal nie, yang penting kami pekerja hanya meminta. Parti kami hanya ikut sapa memerintah. FAHAM.

    ReplyDelete
  35. Insyallah kalau gaji naik...harga petrol akan naik gak pas election nnt....don't worry....so what ever we get...everything will go back to government...renung2kan dah selamat beramal....

    ReplyDelete
  36. Cerita dongeng Nujum Pak Belalang. Apa kelas sokong UMNO.

    ReplyDelete
  37. Dalam diam pun insurans kenderaan dah naik.... pengguna terpaksa rela tanpa kerelaan kena beli insurans kenderaan sebab nak hidupkan cukai jalan. Apa cerita ni!!!!!

    ReplyDelete