Minda Hijrah Headline Animator

Tuesday, April 19, 2011

Email 1Malaysia- Kritikan & Persoalan

Pertamanya, siapa yang nak pakai email 1Malaysia jika ianya akan dipantau penuh oleh Kerajaan, Lebih baik pakai g-mail atau yahoo atau hotmail sebagai 'langkah keselamatan' supaya tidak mudah di'godam' oleh pihak berkuasa. Mano ado PRIVACY ?

Keduanya, ada pihak yang bakal untung besar hasil dari projek tidak boleh ubah nasib rakyat. Akaun email boleh dikatakan pekhidmatan PERCUMA yang disediakan. Persoalan yang timbul, adakah Tricubes Bhd akan memberi perkhidmatan PERCUMA atau kerajaan perlu menanggung kos setiap email 1Malaysia yang didaftarkan.

Ketiganya, apa rasionalnya rakyat Malaysia perlu menggunakan akaun email 1Malaysia semata-matanya utk membuat urusan rasmi dengan Kerajaan ? Kenapa perlu ada sekatan sedemikian rupa ? Adakah kewujudan email 1Malaysia semata-mata urusan rasmi dengan kerajaan ? Bagaimana mereka yang tidak mempunyai akses internet atau yang memang buta IT ? Bukankah urusan antara rakyat dan kerajaan perlu dipermudahkan ?

Saya berpendapat meraih populariti 1Malaysia cara begini hanya akan makan diri. Idea bodoh siapa ni?




Rakan blogger Din Turtle ada pandangan dan persoalannya http://dinturtle.blogspot.com/2011/04/e-mail-peribadi-1malaysia-apakebendanya.html


Rakyat Malaysia dibekal akaun e-mel rasmi 1 Malaysia

Kesemua rakyat Malaysia berusia 18 tahun dan ke atas akan diberikan akaun e-mel 1 Malaysia yang terjamin bagi tujuan-tujuan rasmi, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak hari ini.

Akaun e-mel itu akan membolehkan perhubungan langsung dan selamat antara rakyat dan kerajaan.

Ia sebahagian daripada perkhidmatan portal kerajaan sepusat.

Portal web itu akan dibangunkan oleh Tricubes Berhad, antara lain menyediakan perkhidmatan seperti rangkaian sosial dan pembayaran bil atas talian.

3 comments:

  1. ada yang masyukkkk

    ReplyDelete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  3. email n gune die tuk org malaysia bg kegunaan penyaluran maklumat keselamatan negara kalo2 jd darurat ke @ apa2 benda x diingini??

    ReplyDelete